Ciri-ciri Kontraksi
- Pengecutan otot rahim ini seperti ombak, bergerak dari bahagian atas rahim ke bahagian bawahnya.
- Sakitnya mungkin bermula dari bahagian bawah belakang anda dan bergerak ke depan perut atau sebaliknya.
- Sesetengah wanita menerangkan kesakitan ini seperti sakit sindrom pra haid yang kuat.
- Sakitnya tidak surut dalam tempoh yang lama
- Semakin kerap, paling kurang 15 minit sekali bertambah hingga 5 atau 3 minit sekali.
- Setiap kali sakit, bertambah lama tempoh sakitnya, (sehingga 45 saat).
- Semakin kuat sakitnya
- Jika anda berjalan, sakit ini semakin terasa kuat.
- Berbaring tidak mengurangkannya.
- Servik menipis dan terbuka.
{mosimage}Mengira Kontraksi
- Tempoh kontraksi boleh dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.
- Catatkan kekerapan dalam berapa minit.
- Catatkan kekuatan sakitnya.
Kelahiran Palsu
Sebelum kelahiran sebenar berlaku, anda mungkin mengalami kelahiran palsu, atau dikenali juga sebagai Kontraksi Braxton-Hicks.
Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks. Anda boleh mengenalnya kerana ia sedikit berbeza dengan kotraksi kelahiran.Walaupun anda mengubah posisi, berehat dan berjalan, kontraksi ini
Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks. Anda boleh mengenalnya kerana ia sedikit berbeza dengan kotraksi kelahiran.Walaupun anda mengubah posisi, berehat dan berjalan, kontraksi ini
- * menyediakan diri anda untuk proses kelahiran.
- * jarang-jarang berlaku sekitar setiap 30 minit dan tidak semakin kerap.
- * tidak bertambah kuat sakitnya.
- * tidak bertambah lama tempoh sakitnya.
- * biasanya sakitnya di bahagian hadapan perut ke bawah.
- * tidak begitu menyakitkan.
- * boleh reda jika anda berbaring.
- * biasanya tiada perubahan pada servik.
Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
- * kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
- * keluar air ketuban.
- * pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
- * keluar darah dari vagina.
- * apa saja masalah yang dialami.
Alamak! bila pikir bab contraction nie takut la pulak....akak dulu masa nak bersalinkan Haikal...sakitnya punyalah lama.....dari kul 1 pagi sampai lah kul 7 malam baru haikal kuar...huhuhu....sakit oooo....
ReplyDeleteskang nat dh start rase kak..rsu gak..slalo sgt skt2 skang ni..time adam dl xde lak camni..ligat je..mase nak besalin adam nat skt dr kol 3pg smpi kol 1.48tghari..mmg skt gler...huhuhuhu
ReplyDeleteo Natt dh start rasa contraction? braxton hicks kot? huhu saspen ye3..anyway gud luck tau..saya duk ckp dgn org..nk bsalin tiap thn bleh..tp plg tk thn msa contraction..nk utus nywa rsa nye..klu teran sume tk la sengeri contraction..huhuhu
ReplyDeletea'ah la linda..mmg braxton hicks br..dh seram sjk ni..bab2 push tu xde ngeri sgt tp bab2 contraction ni la buat ku rase ilang nyawe..huhuhu..hope dipermudahkan segale urusan ku nnt.aminnnnn
ReplyDelete