Followers

Showing posts with label myMenu. Show all posts
Showing posts with label myMenu. Show all posts

Monday, November 19, 2012

. : Order : Rainbow Cake Alisha : .

Salam November..

Alhamdulillah rezeki hujung tahun..diberi peluang untuk buat Birthday Cake for Alisha yg cute :) mula2 tu risau jgk..tapi syukur sgt dpt siapkan pada waktu yg tepat even xpuas hati sbb topping xkemas..semua gara-gara Ainul Jannah yg moody..huhu cabaran nk buat kek xda pun..tp cabaran dari si kecik tu mmg mencabar sungguh..hehe buat Alisha :-

Selamat Hari Lahir yg Ke-2 buat Alisha...semoga awak membesar menjadi anak yg solehah buat mama n papa..menjadi anak yg bijak n comel :)

Jadi mama nk update resepi Rainbow Cake yg mama ambil dari dapur Kak Azlita..sedap sgt..2kali mama cuba..yelah nak ambil order mesti cuba dulu kn :) jom mama kongsi resepi..minta izin kongsi ilmu yer Kak Ita..moga murah rezeki Kak Ita sekeluarga..aminn mama pernah cuba resepi lain boleh tgk SINI.


RAINBOW CAKE
Resepi Asal : Zuraini Alias
Rujukan : Kak Azlita

Bahan - bahan

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis (1 1/2 cawan)
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - merah,kuning,biru,hijau,oren(kuning +merah),ungu(merah+biru)

tips : untuk mendapatkan ungu yg cantik..titiskan pewarna merah dahulu baru disusuli dgn pewarna biru..maknanya kita mudah mengawal warna supaya tidak menjadi warna ugu yg lebam dan kehitaman.

Cara-cara :-

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

 5layer sahaja red,orange,yellow,green & blue :)

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, 
masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung


Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.


Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.

Untuk cream cheese frosting blh klik di SINI..mama gandakan adunan frosting tersebut utk sebiji Rainbow Cake bersaiz 8".

With L.O.V.E 
~~MamAdaM~~

Thursday, September 27, 2012

. : Adam Yusuf VS Kek Spiderman : .

Salam semua..

Alahai mood dah sampi cuma belum berkesempatan nk menghadap lappy ni..alhamdulillah Si Merah Hati ni dh ok..yesterday staff DELL dtg untk baiki..appointment pukul 11am-1pm tup pukul 10.30am dh tercegat dpn pinyu..GOOD JOB..dtg x cek apa pun..trs je gantikan keyboardb lappy dgn yg baru..xsia2 en.hubbie bayar lebih utk HOME SERVICE masa beli lappy ni :)

Jadi hari ni mama nak cerita pasal Adam Yusuf..adoii pening kepala mama dgn ank yg sorg ni..mendesak smpi xcukup nafas dibuatnya..macam ni ceritanya..mama ni dok survey2 birthday party theme SPIDERMAN..insyaallah balik nnt nk buat majlis kecil2 utk anak teruna tu..kebetulan balik bercuti nnt hari lahir dia..bila dia dh ternampak gambar2 spiderman..kek la,cookies la..trs didesak mama buat kek spiderman..mmg dok pns telinga bgn pg2 dh paksa mama buat..huhu nak xnk smlm buatkan jgk la..


Mama buat NEW YORK CHEESECAKE resepinya DISINI...xda makna mama nk conteng2 kek yg suci murni tu.hehe mama just print kan cupcake topper 2-3 keping pastu cucuk je kat kek..sukanya dia senyum smpi belakang telinga...tgk la pic Adam Yusuf tu :)


Nota jejariruncing : Puas hati bila tgk anak2 gembira..serius bukan sesuatu yg blh dibuat2 tp mmg ikhlas dari hati..HATI SEORANG MAMA..marah,geram ngn anak2 tp bila tgk muka anak2 lebur hati ni sesejuk2nya..I'am not perfect MOM but trying my hard to be damn good mom for them <3<3

With L.O.V.E
~~MamAdaM~~

Tuesday, September 18, 2012

. : Kuih Kasturi : .


Salam semua..

Langkah pertama..nak kasi panas enjin..ok kali ni mama nak kongsi resepi KUIH KASTURI dari blogger cooking & baking terkenal Hasue...mama buat kuih ini untuk juadah bulan puasa hari tu..punya la peram..hadoiii dah basi bak kata CMG..huhu apa pun tetap nak kongsi di sini..buat yg tau xkisah la tp buat yg xtau blh la di cuba buat juadah sarapan pagi atau mnm ptg kan..jom kita intai resepi yg mama C&P dari blog Hasue :) terima kasih buat Hasue yg sudi berkongsi resepi dan tips..moga ilmu ini memdapat kebekatan dari-Nya...aminn


RESEPI KUIH KASTURI
Resepi : HaSue@sue-hasue.blogspot.com
 
Inti Kacang Hijau
Bahan2:

  • 1 cawan kacang hijau
  • 3/4 atau 1 cawan gula pasir(kemanisan bergantung kepada selera masing2)
  • 1 sudu kecil garam
  • Air secukupnya untuk merebus kacang
Cara2 membuatnya:
  1. Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika,rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk.
  2. Apabila air rebusan hampir kering,tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga benar2 kering(sila kacau selalu apabila hampir kering tu untuk mengelakkan berkerak atau hangus)
  3. Setelah benar2 kering,barulah masukkan gula dan garam tadi. Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair tu..Biarkan renih dan kering lagi sekali..kacau sekali sekala dan pastikan guna api sederhana.
  4. Apabila sudah mula kering,perlahankan api..dan kacau sentiasa.
  5. untuk memastikan inti sudah masak-kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap dari inti atau tiada renihan lagi walaupun api masih terpasang..memang senyap je(takde plup2 dah kat adunan inti tu..haha..bahasa apa aku guna nih),dah siap laa tu..harap faham laa maksudnya ni..hehe
  6. Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk..
Kuih Kasturi / Kuih rengas / Kuih Kacang Hijau
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
  • Inti kacang hijau secukupnya(rujuk cara membuatnya di atas)-Bentukkan bulat2 sebesar bola pingpong dan leper2kan sedikit.. *sila rujuk di SINI
Tips dari Hasue : Inti yang sudah dibentuk supaya senang untuk digoreng..inti ini juga tahan disimpan dalam peti sejuk dan sedia saja untuk digunakan..jadi jimat masa kan.

Bahan2 membuat adunan tepung/batter:
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/3 sudu mkn marjerin
  • 1 sudu kecil garam
  • secubit gula
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit pewarna kuning
  • Minyak secukupnya untun menggoreng-lebih kurang 2 cawan
Cara2:
  1. Dalam bekas,campurkan tepung,marjerin,garam,gula. Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning
  2. Panaskan minyak dalam kuali,celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.
  3. Kuih yang sudah dicelup pada adunan tepung dan sedia untuk digoreng di dalam minyak yang sudah dipanaskan..sudah nampak kuning keemasan angkat dan toskan..
  4.  Sedia dihidang :) SELAMAT MENCUBA..





With L.O.V.E
~~MamAdaM~~

Monday, August 13, 2012

. : Sydney : Dessert 16 Ramadhan : .

Salam Ramadhan...

Apapun sila tahan nafsu yer :) que draft entri dah berderet..wajib di selesaikan..wahhh wajib ek'??ofcoz la kata nak jadi BLOGGER TEGAR..alhamdulillah dah tahun Ke-4 bergelar blogger..dh boleh panggil BLOGGER TEGAR tak sahabat2??ke nak tggu tahun ke-10??*wink*..

Ish sebenarnya nak cerita tentang sesuatu yg manis dan lazat sgt2..hihi terduga x???hikhik ingat tak hari tu mama ada cerita nak buat tiramisu tapi jadinya Cheese Cake ??? jadi wajiblah kiranya mama repeat buat TIRAMISU pula..tp kali ni lain sedikit sbb BLUBERRY TIRAMISU..dan yg best mama dah dapat gelas yg mama idam2kan..tq en.hubbie tlg belikan..tp skrg dh pandai claim tau..mentang2 mama dah ada gaji..hahaha

Kali ni resepi dari dapur Kak Lily aka Ummi Akid..terima kasih sebab sudi kongsi resepi yg sedap sgt..moga Allah murahkan rezeki akk sekeluarga..aminnn mama mohon izin kongsi disini yer :)


RESEPI BLUBERRY TIRAMISU
Resepi Asal : Kak Azlita Masam Manis

Bahan untuk syrup :-
150 g blueberry filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan Cream:-
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ sifted

  
Hiasan :-1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar
Cherry/strawberry
Coklat urai - gantikan dengan coco powder

Caranya :-
  • Mula² sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
  • Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
  • Campurkan kedua² whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati. Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
Cara untuk melapis :-
  • Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada.
  • Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak ber
  • berapa banyak lapis pun.
SELAMAT MENCUBA :)

With L.O.V.E
 ~~mamAdam~~

Saturday, August 4, 2012

. : Sydney : Dessert 10Ramadhan : .

Salam Ramadhan..

Mood creamcheese..huhu tu pn ada seketul lg..nanti kau esok mama kerja kan..hihi sebenarnya hajat asal nk buat Tiramisu..yup AGAINNNN..tp en.hubbie terlupa pula nk beli biskut lady finger..jadi tukar plan..CHEESEcake BLUEBERRY in da house :) mama belasah je guna biskut HupSeng buat based..sedap jugak :) mama guna mini springform pan cake size 10cm x 3biji..jadi 2biji mama buat blueberry 1biji oreo..alhamdulillah cubaan pertama walaupun sedap tp xsempurna dan mama sgt2 xpuas hati..boleh tgk kat entri INI..tp kali ni dpt pujian dari en.hubbie "lg sedap dari SECRET RECIPE"...kembang mama sat..huhu


RESEPI BLUEBERRY CHEESECAKE
Resepi Asal : Arin Oshin
 
250 gm krim cheese (jenama Philadelphia)
1 cawan gula halus
3 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
1 cup plain yogurt
1 cawan Biskut tiger/biskut merry yang dihancurkan
(mama guna biskut hupseng & oreo tapi buang krim tengah)
3 sudu besar mentega
jem blueberry


Cara - cara :
1. Pukul krim cheese dengan gula dan plain yogurt sampai gebu
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi, masukkan esen vanila
3. Masukkan tepung tadi dan pukul lagi.
 
Cara Buat Kerak/Crust: 
1. Cairkan mentega dan bila sejuk sikit, gaul dengan biskut tiger/ biskut merry hingga boleh kepal.
2. Padatkan dalam acuan dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 5-10 minit.
3. Keluarkan dan tuang aduan cheese tadi.
 
Teknik membakar kek :
Bakar dengan cara waterbath iaitu tuang air panas dalam satu bekas, letak acuan yang ada cheese tadi dalam bekas berisi air dan bakar selama 50- 60 minit.(blh rujuk pada video diatas kalo xphm)
Tip: nak elak bahagian kek merekah, tutup atas kek tu dengan aluminum foil.
Bila dah siap, simpan dalam peti sejuk, cheese kek ni sedap dimakan sejuk2. Hiaskan dengan toping blueberry jem tadi.Sedia dihidang.

With L.O.V.E
~~mamAdam~~

. : Sydney : Menu Ramadhan Ke-14 : .

Salam Ramadhan..

Hampir separuh perjalanan ibadah puasa kita dh lalui..alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yg baik utk menempuh dugaan puasa..cuma kebelakangan ni semakin keletihan..moga tetap diberi kekuatan meneruskan ibadah puasa sehingga habis..aminn..hari ini mama nak move forward ckit update terus menu ke-14 puasa..semalam tanya en.hubbie nak berbuka apa..tup2 Chicken Chop yg keluar..ok la tu sbb..sebenarnya dah berbulan2 mama berhutang entri ni dgn seseorg yg mama rindu sgt2 iaitu kakak saudara mama Shira Purnama..ampun ye kak ya :) Menunya ialah Chicken Chop & Sos Lada Hitam dan semestinya dari dapur Hana's Family..terima kasih yer hana sudi kongsi resepi yg sedap2..moga dimurahkan rezeki buat hana sekeluarga..mama mohon izin kongsi disini :)

 RESEPI CHICKEN CHOP
Resepi asal : Hana's Family
Diolah semula : Mamadam

Bahan - bahan :-
  • 2-3 keping isi ikan yang tiada tulang 
  • (mama ganti dgn boneless chicken)
  • sedikit lada sulah@blackpepper
  • sedikit garam
  • Untuk Saduran:
  • 1 biji telur - dikocok
  • tepung jagung @ katakuriko
  • breadcrumbs secukupnyer
Cara-cara
  • Lumur ikan (ayam) dengan garam dan serbuk lada sulah@blackpepper. 
  • Bedak2kan dengan tepung. 
  • Celup ke dalam telur dan sadurkan pula dengan breadcrumbs.
  •  Jika ingin saduran yg agak tebal ulangi proses lumur telur dan breadcrumbs.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan dan masak. Angkat dan toskan.
RESEPI BREADCRUMBS
Resepi Asal : Mamadam

Bahan-bahan :-
  • 2-3 keping roti sandwich (elakkan guna roti gardenia)
  • Butter secukupnya
Cara -cara :-
  • Panaskan oven pada suhu 200c selama 10minit.
  • Cairkan butter dan sapu pada roti.
  • Bakar roti selamar 15-20minit sehingga roti keras seperti biskut dan keperangan..jgn gelap sgt nnt bila disadur pd ayam dan digoreng ia akn jgn sedikit gelap..
  • Sejukk' roti yg telah dibakar dan dan kisar menggunakan pengisar kering sehingga hancur..jgn terlalu kasar dan terlalu halus..
  • Sedia di gunakan :)
Untuk Resepi Sos Lada Hitam 
 Boleh dihidang dgn Fun-fries,coslow salad dan baked bean.

Selamat Mencuba :)
 

With L.O.V.E
~~mamAdam~~

Thursday, August 2, 2012

. : Sydney : Dessert 7Ramadhan : .

Salam Ramadhan..

Apa khaba semua..lama betul xdapat bersantai dan mengupdate di blog..tuntutan masa yg mama rasa mcm xcukup je 24jam sehari..apakah??hihi mama rasa je tp xnak la sehari lebih dr 24jam..xsggp nak menghadap kerenah anak2 yg boleh buat mama pengsan 17kali sehari..huhu

Jadi hari ni mama nak update la tentang dessert yg mama buat utk iftar puasa ke-7..nyaman je rasa..hehe mmg mama mkn puas2 sbb dh lama sgt mengidam..huhu dan en.hubbie yg xsuka pn blh mkn dan komen sdp..sbb dia selalunya kalo dia mkn mesti bau hanyir telur yg kuat..tu yg lama2 xsuka..huhu

Jom mama kongsi resepi PUDING CARAMEL yg popular bila menjelang bulan puasa :) semestinya resepi dari dapur Hana's Family yg sentiasa menambat selera mama dan keluarga :) betul ckp hana "bulan puasa ni jumlah visitor di blog beliau makin meningkat mencecah 2x ganda" salah seorg yg xpernah jemu untuk berkunjung ialah mama..hana antara sumber inspirasi mama dlm dunia masakan:)



RESEPI PUDING KARAMEL
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

  • 5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
  • satu tin susu cair (400ml)
  • 150ml air biasa
  • 4 sudu besar gula
  • 1sk esen vanilla
Karamel:
  • 5 sb gula
  • 2 sb air
Cara-cara
  • Sediakan karamel@gula hangus - masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
  • Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan. dan tuang ke dalam loyang karamel.
  • Kukus selama 45min atau sehingga masak. Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie (letak air di dalam loyang) Tutup loyang puding dgn aluminium foil dan masak selama 45-50min dgn suhu 180.
  • Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
Senangkan???apalagi jom la cuba petang ni :) tips dari hana xperlu pukul lebih2 hanya kacau sebati je..akibat terlebih pukul tu yg bersarang2 puding mama..hihi

With L.O.V.E

Friday, July 27, 2012

. : Sydney : Menu Ramadhan Ke-6 : .

Salam Ramadhan..

Masuk seminggu kita berpuasa..lagi 23hari saja lg..apa persiapan yg dah mama buat???xda apa2 pun..
  • baju raya-non ado..
  • kuih raya-xda mood nak buat..
  • duit raya-non ado jgk..
  • rumah-xsiap apa pun..
sesungguhnya tumpu pada ibadah puasa di bulan Ramadhan..alhamdulillah..harap2 baju raya 2tahun lps tu masih muat kat mama sbb baju kurung yg satu tu dh xmuat..huwaaaaa ada hikmah rupanya beli baju raya gedebeh 3thn lps..hihi ishhh puasa baru seminggu sibuk cerita pasal raya..huhu jom intai apa menu dari dapur mama semalam..mama nak kongsi resepi masakan kampung yg mudah tp sedapppp :) 
 

Menu Iftar 6Ramadhan : -
  • Sambal sotong pedas xhengat..hikhik
  • Sayur campur rencah udang
  • Sup Isi Ikan Ling
  • Daging Goreng Cili Kering
Mama nak kongsi resepi menu yg akhir tu..ilham dari sahabat mama yg baru dtg ber'honeymoon di Sydney seminggu sebelum puasa :) nnt mama update kedatangan beliau di entri akan dtg..

RESEPI DAGING GORENG CILI KERING
Resepi Asal : Piey Ja

Bahan-bahan :-
  • 500g Daging lembu (dihiris nipis dan direbus hingga empuk)
  • 4-5 tangkai cili kering (dihiris dan dibuang biji cilinya)
  • 1biji bawang besar (di mayang)
  • 2ulas bawang putih (di mayang)
  • 1/2 kiub sayur/ayam
  • 1 sudu teh sos tiram
  • Garam & Gula secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak masak
Cara-cara :
  1.  Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar+putih+cili kering sehingga naik bau..
  2. Masukkan sos tiram gaulkan dan taburkan kiub sayur/ayam gaulkan rata..
  3. Masukkan daging yg telah direbus dan gaulkan lagi..
  4. Akhir sekali perasakan dgn garam&gula secukupnya.
  5. Siap..sedia dihidang :)

With L.O.V.E <3<3MaMaDaM<3<3

Thursday, July 26, 2012

. : Sydney : Menu Ramadhan Ke-5 : .

Salam Ramadhan..

Hari yg ke-5 berpuasa mama nak update menu utk berbuka puasa yg ke-5..request dari en.hubbie kesayangan hamba :) nak lamb katanya..blh aje xda masalah lgpn mudah je kan..dh beli lamb tp bahan2 utk Sos Lada Hitam pula ada yg kurang..nak tunggu en.hubbie blk lmbt pula nk msk nnt..sbb sos kena buat awal2 dan masa nak dkt berbuka blh tumpu pada lamb yg digrill..grill atas dapur je..hehe ok la tu pn dah sdp..alhamdulillah puas mkn kat Sydney..kalo nk mkn kat luar mau rm20++ sepinggan tu pn mcm nak xnak je hidangannya..huhu ok la xnak celoteh pnjg sbb kerja rumah  belum selesai..huhu tp nak kongsi resepi sos lada hitam yg baru mama cuba smlm dan Kentang Putar..lagipun smlm xsempat langsung nk jenguk ke blog ni..huhu

RESEPI SOS LADA HITAM
Resepi Asal : Kak Ina KL
Sumber : Hana's Family

Bahan-bahan
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 4 - 5 sudu besar lada hitam - kisar halus (mama letak 2sb pn dh pedas)
  • 2 sb. sos tomato (Mama letak 1sb je)
  • 1 sb sos tiram (mama tambah)
  • 2 sb. kicap pekat (mama letak 1sb kicap manis kipas udang)
  • 1 cawan air rebusan ayam/daging/serbuk pati
  • 1 sb. tepung jagung (dibancuh1/2 cawan air ) bersama
  • 2 sb. susu cair (mama letak 3sb susu segar)
  • 1 sb. butter untuk tumis
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-Cara
  1. Panaskan butter dan tumis bawang besar sampai layu.
  2. Masukkan air rebusan/serbuk pati yang dibancuh dengan 1 cawan air.
  3. Masak hingga kuah agak pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan tepung jagung. Kacau dan masak hingga agak pekat sikit.
  4. Masukkan susu cair, kacau rata.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
RESEPI KENTANG PUTAR.
Resepi Asal : Hana's Family

Bahan-bahan
  • 5-6 biji kentang
  • Sedikit cheddar cheese dihiris kecil2 (mama tambah)
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar susu segar
  • sedikit blackpepper
  • garam
Cara-cara
  • Kupas kulit kentang. Potong 4 atau 6. Rebus sehingga empuk. Toskan. Satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu. Ketepikan.
Mama xbuat pun gravy utk kentang putar tapi mama dgn rajin dan baik hatinya C&P resepi utk sahabat2 mama yg ingin mencuba :)

RESEPI GRAVY@SOS KENTANG PUTAR
Sumber : daunpandan@myresipi.com

Bahan-bahan
  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum- bancuh dgn sedikit air
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat
  • garam- hana tak letak sbb dah masin
Cara-cara
  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan semula air rebusan ke dalam periuk. Masukkan butter, sos tomato, kicap (bergantung kehitaman yang dikendaki) dan sos tiram. Kacau sebati.Kemudian masukkan blackpepper.
  3. Masukkan garam jika perlu.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
  4. Kecilkan api, bancuh tepung dengan sedikit air, kemudian tapis utk mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
  5. Curahkan ke atas kentang putar.
Ok selesai sudah..selamat mencuba dan selamat menjalani ibadah puasa :)

 
With L.O.V.E
<3<3MaMaDaM<3<3

Tuesday, July 24, 2012

. : Sydney : Menu Ramadhan Ke-4 : .

Salam ramadhan..

Berlalu dan terus berlalu..Ramadhan yg ke-4 selesai sudah..alhamdulillah syukur diberi kesihatan dan kekuatan utk menunaikan rukun Islam ini..apa menu kita hari ni??pusing punya pusing..ronda punya ronda..dok mencari resepi utk dijadikan juadah berbuka puasa..akhirnya berkenan dgn menu kakak syg KC Ella...IKAN DORY SWEET SOUR mmg berbaloi mencuba..mudah dan sedap :) mama mintak izini kongsi resepi di sini yer KC..moga mendapat keberkatan di bulan yg mulia ni buat KC dan keluargan..aminn


RESEPI IKAN DORY SWEET SOUR
Resepi Asal : KC Ella

Ikan Dory Goreng Tepung

Bahan - bahan :

  • Sekeping Fillet Ikan Dory (mama guna ikan ling)
  • Tepung Jagung
  • Garam
  • Minyak Masak
Cara - cara :
  • bersihkan isi ikan dory dan potong dadu sederhana besar dan gaul dgn garam secukupnya.
  • Sadurkan dengan tepung jagung
  • Panaskan minyak..setelah minyak betul2 panas masukkan ikan dory tadi dan goreng sehingga keemasan.
Sweet Sour Sauce
Bahan -bahan :
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Nenas,putik jagung,tomato,brokoli,cendawan butang,carrot,timun (dipotong ikut kesesuaian)
  • 1/2sudu besar tepung jagung (dibancuh dgn air) 
  • Sedikit Sos Cili,Sos Tomato,Sos tiram (mama tmbh),Marple Syrup (mama tmbh)
  • Garam secukupnya
  • Perasa
Cara - cara :
  • Tumbuk bawang merah+putih+halia..dan tumis sehingga naik bau..
  • Masukkan Sos Cili+Tomato+Tiram+Marple Syrup dan biar mendidih..
  • Masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air td..kalo perlu tambah air dlm 1/2cwn..
  • Setelah mendidih masukkan sayur-sayuran yg dh siap dipotong..biarkan sebentar dan masukkan garam+perasa.siap..
Masukkan Ikan dory yg dh digoreng td ke dalam pinggan besar..dan curahkan sos sweet sour..sedia dihidang :)


With L.O.V.E <3<3MaMaDaM<3<3

. : Sydney : Menu Ramadhan Ketiga : .

Salam Ramadhan..

3hari dh berlalu..cepat sgt rasanya..semakin hari semakin jauh Ramadhan meninggalkan kita.."sesungguhnya beribadatlah kamu seperti kamu ingin mati esok hari" sempena bulan mulia ini mari kita sama2 menambah amal ibadah dan sedekah jariah semoga mendapat barakah(keberkatan)..

Saja je nak update blog mama ni dgn menu berbuka puasa..hehe mesti ramai yg akan search dgn keyword menu berbuka puasa :)jadi menu semalam ialah Sotong Goreng Tepung (request byen.hubbie), Paprik Udang (tekak mama) & Tom Yam Ayam+Lamb (untuk anak2)..mmg xpedas pun..masa bulan puasa ni perut kena jaga betul2 kalo terlebih mkn pedas silap2 haribulan terpaksa cuti puasa kan :)


 RESEPI PAPRIK UDANG
Resepi Asal : Hana's Family

Bahan-bahan
  • 500g udang segar
  • 4 ulas bwg merah - hiris bulat
  • 2 ulas bwg putih - dicincang
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik(mama guna yg dh siap kisar
  • beberapa helai daun limau purut
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk *hana ketuk jugak!(mama xletak)
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa
Cara-cara
  1. Panaskan kuali.
  2. Tumis bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis serta udang. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG
Resepi Asal : MamAdaM

Bahan-bahan :
  • Sotong (dihiris sederhana)
  • Tepung kentucky
  • tepung jagung
  • 2biji telor (dikocok)
  • Sedikit garam dan lada hitam kisar 
  • Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara :
  •  Sadurkan sotong yg telah siap dibersih dan dipotong dengan tepung jagung.
  • kemudian celup kedalam telur yg telah dikocok dan di campur dgn lada hitam kisar dan garam secukup rasa.
  • Akhirnya baru disadur dgn tepung kentucky dan goreng dlm minyak yg panas dgn kaedah deepfry..
  • Angkat setelah nmpk tepung warna keemasan..



With L.O.V.E <3<3MaMaDaM<3<3

Sunday, July 22, 2012

. : Sausage Rolled Cheese & Pasta Sauce : .

Salam Ramadhan..

Satu Ramadhan dah pun berlalu..mari kita terus menunaikan rukun islam yg satu ini..moga mendapat barakah dari-Nya..aminn hurmm bila puasa mula la pening menu apa nk masak utk juadah berbuka..inilah nasib kami diperantauan..kalo sebelum2 ini mesti berlumba-lumba nak bersahur dan berbuka dikampung bersama keluarga tercinta :)  xpa disini pn masih ada suami dan anak2 yg sentiasa bersama..jadi pagi ini mama nak update resepi mudah tp sedap yg diminta oleh en.hubbie utk juadah berbuka..alahai senang betul selera suami mama ni..apa menunya???Sausage Rolled Cheese With Pasta sauce and side dish baked beans & salad telur mata kerbau..hehehe mmg menjilat jari kenyang sampai pagi :)



 . : Sausage Rolled Cheese & Pasta Sauce : .

Bahan-bahan :-
 ~~Sausage Rolled~~

1 Keping Pastry Puff size 10x10
4 batang sosej yg dicelur terlebih dahulu
Cheddar cheese
Kuning telur,blackpaper dan bijan (untuk glaze dan hiasan)

cara-cara :-
  •  Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 200c
  • Belah pastry kepada 4 bahagian
  • Taburkan cheddar cheese diatas pastry puff..sukatan ikut suka yer :)
  • Ambil 1 sosej letak di atas pastry puff yg dah ditabur cheese dan gulung..
  • Pukul sedikit kuning telur dan sapukan ke atas pastry puff yg dah digulung..kemudian tabur sedikit blackpaper dan bijan..
  • Bakar pada suhu 200c selama 20minit atau mengikut oven masing2 :) 
 

~~Pasta Sauce~~

1/2 botol pasta sauce (ikut citarasa masing2..mama guna yg traditional)
2 biji cendawan butang dihiris
1/2 kiub sayur

Cara-cara :-
  •  Campur semua dalam 1 periuk kecil dan didihkan :)

~~Salad telur mata kerbau~~

2biji telur digoreng mata kerbau garing2
Salad
Tomato cherry
Timun Jepun (zuccini)
Mayonis
Baked Beans (dipanaskan sebentar dgn microwave )

Cara-cara :
  •  Semua bahan diatas di potong kecil ikut kesesuaian anda didalam 1 bekas dan gaul dgn mayonis sehingga serata semua..
  • Sedia dihidang :)


With L.O.V.E
<3<3MaMaDaM<3<3

Tuesday, July 17, 2012

. : Rainbow Cake : .

 Salam semua..

Lama betul nak cari mood mencuba resepi Rainbow Cake ni..dah cuba nak update di blog pn punya lama gara2 nak edit pic..hehehe mlm ni gigih juga update..dah lama sgt dok geram tgk kecomelan kek ni..WAJIB cuba..jadi sempena hari lahir anak2 mama yg dh terlepas tetap jgk buat...hasil tidak la secomel kek chef...tp ok la dari xcuba langsung kan..huhu terliur x???jom kita tgk resepinya..Kak Tina mintak izin C&P resepi di blog mama yer..moga bertambah murah rezeki akak sekeluarga..aminn


Kek Span Coklat 
Resepi Asal : Rahel
Sumber : Cerita Tina

Bahan-bahannya:

200gm tepung kek/tepung superfine (mama guna self raising flour)
180gm gula kastor (mama guna 140gm)
110ml minyak masak
100ml susu segar
40gm serbuk koko (tak letak)
20gm ovallet (mama letak satu sudu besar)
6 biji telur gred A
1 sudu teh baking powder (diayak bersama tepung)
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven. Griskan acuan. Alar dasar aduan dengan baking paper.
 (mama guna mini springform pan)
 
2. Pukul telur, gula dan ovallet sampai kembang dan gebu
tepung dan baking powder, kan putar lagi sehingga sebati.
 
3. Perlahankan mixer, masukkan susu cair, esen vanilla . 
Teruskan lagi memukul selama 5minit. Tuangkan minyak dan gaul sebati.
 
4. Timbang adunan, dan bahagikan adunan kepada 6 bahagian. 
Letak pewarna yang disukai.
 
5. Tuang adunan ke dalam acuan, Bakar pada suhu 170c selama 20-25 sehingga masak.
 
6. Bila kek sudah masak, telangkupkan selama 5 minit.
 
7. Bila kek dah sejuk, sapu nutella diatas kek dan lapikkan dengan kek yang lain. Susunan warna ikut suka ye.
 

Bahan untuk creamcheese frosting:

250gm cream cheese - tina guna Philadelphia
2 oz butter Anchor (unsalted)
2 subu besar gula castor (mama tambah)

Cara membuatnya:

Pukul creamcheese yang diletak disuhu bilik bersama butter sehingga kembang dan lembut. Sapukan frosting dikeseluruhan kek. Siap untuk dihias.Kak Tina xletak gula dlm frosting..mama tambah sbb nnt ank2 xnk mkn frosting :)

Monday, June 25, 2012

. : Pavlova "hancur hati ku" : .

  Salam semua...

Wah marathon mama update blog setelah seminggu bersawang :)
tapi sedih nk tulis entri ni...hancurnya hati melihat pavlova mama yg hancur...huhu
gara2 terlebih pukul jadi gini...bkn apa lambat sgt gula nk hancur tu lama sgt pukul..
masa bakar cantik je dia kembang gebu-gebass..
tup2 bila dh sejuk yg tgh tu mendap jd yg rangup bahagian luar retak seribu la...
rasa nk ngs tau bila tgk camtu...siap kena gelak ngn en.hubbie lg..
sampainya hati muuuuu :((((
Apapun sila layan dan jamu mata dgn pavlova mama yg cantik tu yer :)
(mood : masuk bakul hangkat sendiri..hahaha)

 Ini adalah cubaan mama yg ketiga...
xpa la bljr dr kesilapan..
apa pun kredit buat En.Hubbie for THE BEAUTIFUL CAPTURE..
berseri jgk pavlova mama dgn sentuhan en.hubbie :)

Ni link resepi dan cubaan yg pertama SINI
Ni link utk cubaan yg kedua SINI

. : Sandwich Cake : .

 Salam semua..

Pagi ni mama nak selit resepi yg mudah dan sedap dr MyBesan Ummi Kart iaitu . : Sandwich Cake : . dah beberapa hari asyik tgk kwn2 upload gambar sandwich cake ni..jd pagi smlm bgn tdo terus selongkar album resepi myBesan C&P resepi...hehe  tapi byk benar mama derhaka dgn resepi ni..huhu nasib la menjadi jg akhirnya...myBesan Ummi Kart ku C&P resepi kamu disini yer..moga bertambah rezeki kamu nnt :)

RESEPI SANDWICH CAKE
Resepi Asal : MyBesan Ummi Kart
 
Bahan - bahan :-
3 biji telur B
1/2 sb ovalette (xletak gantikan dengan 1/4tsp baking soda)
30g air (ganti dengan susu segar)
100g gula castor
100g tepung naik sendiri (mama tambah 10g ganti susu tepung)
20g susu tepung (xletak sbb kat rumah xda stok susu tepung)
30g minyak
1st choc.emulco (mama xletak ganti dgn coklat rice)
Hiasan : Blueberry jam (apa2 perasa pun boleh)



 

 
Cara - cara :-

1. Pukul telur + gula + ovallete + air = hingga pekat
2. Ayak tepung + susu tepung dan sebatikan adunan
3. Akhir sekali masukkan minyak dan kacau rata
4. Ambil 2 sudu adunan dan warnakan dengan emulco.
5. Guna loyang 9x9, tuangkan semua adunan dan paipkan adunan coklat...Kukus selama 20minit (MAMA BAKAR SUHU 150C SELAMA 20MINIT)
6. Setelah masak, potong 2 dan sapu jem dan tindihkan ke atas kek.



Dah ada idea nak buat sarapan pagi ni???dh jom masuk dapur dan mula :)

SELAMAT MENCUBA <3<3 

 

Monday, June 18, 2012

. : Tiramisu : .

 Salam semua..

Mood bermalas2an di hari minggu :) tapi xsabar hati ni nk berkongsi resepi dgn sahabat2 semua...ini la bahana kalo org puasa mengidam..huhu hari tu nak men"JEPUN" xdpt..ni nak men"ITALI" pula la..huhu dah lama mama asyik intai2 resepi dari 1 video ke video yg lain..dari 1blog masakan ke blog masakan yg lain...akhir mama menggabungkan 2resepi TIRAMISU  dari Laura Vitale In The Kitchen dan Kak UmmiAkid-lily....disebabkan Kak Lily bgtau tiramisu yg letak telur lebih sdp jadi mama ambil keputusan nak cuba yg menggunakan telur dulu :) hasilnya mmg xmengecewakan :) Jom intai resepi...


RESEPI TIRAMISU
Resepi Asal : Kak UmmiAkid-lily
Sumber : Laura Vitale In The Kitchen 

Bahan-bahannya :-

Bahan A
1 ketul Philadephia Cheese
2 biji kuning telur
3/4 cawan gula halus - ikut kesesuaian manis


Bahan B
300ml thicked cream/whipping cream

Biskut Sponge Finger/Lady Finger
Koko powder
4 sudu Espresso + gula - bancuh utk rendam biskut (mama xletak sbb kat biskut dah ada gula)




Cara - cara :-
  • Pukul bahan A hingga kembang dan ketepikan.
  • Pukul whipping cream hingga sederhana kembang dan satukan dalam bahagian A. Gaul rata.
  • Celup lady finger dalam air espresso coffee dan atur dalam bekas kegemaran. Letak adunan tadi cheese dan lapiskan .  Taburkan serbuk koko.Buat selang seli sebanyak 2 tingkat.Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3-4jam atau semalaman.
  • Tabur serbuk koko di atas atau hias mengikut kreativiti sendiri.Boleh dihias dgn strawberry dan coffee bean :)

Wednesday, June 13, 2012

. : Try & Error Buttercream : .

Salam semua..

Dkt seminggu menghilang ada yg rindu-rinduan x???hehe ada tp xda..ada je xkemana2..tp mood yg xda nk update blog yg xda..huhu mana x nya br je nk taip entri ada je yg "membantu"..mmg xkasi can mama nk menghadap blog ni..perangai "budak" nk masuk umur "setahun" tu la..hehe tu yg entri br taip trs cancel..huhu ni dia tgh sdp beselimut tebal tdo blh la mama layan kejap..apa nk cerita hari ni???tulah nk cerita "eksperimen" mama mggu lps..huhu

Hajat hati nk belajar buat "steam buttercream" jd wajib la ada "buttercream" kan...tp utk buat "buttercream" mesti ada bahan wajib iaitu "krimwell" atau "shortening"..di Sydney mmg pasti xkan ada "krimwell" sbb produk lemak sawit ni keluaran 100% dari Malaysia..jwbnya mama kena cuba gunakan "shortening" yg berasaskan lemak sayuran..tp "shortening" kat sini berbeza dgn malaysia..rupanya mcm sebuku butter tu..xtau la blh dipukul atau tdk..tp xcuba mana nak tau kan...mggu lps mama try guna Thick Cream mmg xjd sggh..pastu ada kesilapan teknikal pula bila mama xkembangkan butter tu dl br campur dgn Whipped Cream..xpa la itulah pembelajaran namanya..

Utk kek mama masih gunakan resepi vanilla cupcake..tp utk petuanya bila kita tukar resepi cupcake ke kek besar "KITA KENA KURANGKAN SUKATAN TEPUNG SEBANYAK 50gram" kalo tak kek kita akan jd padat :) petua dari sifu mama Puan E-car Nazrin :) kali mmg puas hati sgt dgn hasilnya..dr segi rupa dan rasa :) choc ganache pn masih guna resepi yg sama blh lihat disini dan info tambahan tentang GANACHE blh klik SINI

Tamat cerita minggu lps..jom kita layan pic hasil kerja mama :)
Nota jejariruncing : sgt stress deal dgn choc ganache dalam keadaan suhu 10c kebawah..blm smpt mengalir dah beku..itulah sebabnya bertapok2 coklat kat kek mama..huhu





Thursday, June 7, 2012

. : Pengubat Rindu : .

Salam semua...

Aduhai bdn mama dh skt2 akibat jatuh gedebuk ahad lps..tp 2-3 hari ni tmbh skt plak..ni la dia kalo dh muda2 jth kn...huhu xngaku umur dh meningkat :) nnt mama story bab nagka busuk jth entri lain yer..ni nk smbg cerita . : Parcel Dari Malaysia : . pula..hari tu dh cerita psl headband Ainul Jannah di entri . : Comel Tak Saya?? : . ...kali ni smbg bab mama pula..melepas kerinduan pada aktiviti yg dh lama mama tinggalkan...dan nasib baik juga ada MyBesan MamaDamia sbb tlg poskan brg ni :) apa itu????jeng..jeng..jeng..

Ini la bendanya..Acuan Tartlet mama..
Ni la keje mama masa mengandungkan Ainul Jannah..
Lps besalin lama dh xbuat..sibuk packing brg nk pndh..
Tinggalkan kt MyBesan MamaDamia..
Tapi last2 mintak juga diposkan..
Buruk siku betul mama ni kan??? hehehe

Dan hasilnya

jeng




jeng




jeng

 



Comel tak????? bak kata Kak Tina (Cerita Tina) "ececece kaler maler yg tak menahan tu hehe"..huhu mmg dh lama nk cuba ltk warna pula sbb tgk rmi yg dh cuba kan :) sib baik menjadi..terima kasih buat Ahdek Arin Oshin yg sentiasa sudi kongsi resepi n tips2 baking ngn Ahkak ni..jasa mu dikenang sepanjang hayat :)

Tapiiiiiii..wah pnjg tapinya..hehe membuat cheese tart pd musim sejuk ni mencabar juga..bila doh jd lebih kental dr biasa..bila cream cheese lmbt beku dan lmbt kembang..tu yang corak ala kadar je..xsyok xdpt main conteng2 sgt..yelah dah mcm ltk frosting kat kek je kekdahnya..huhu apa pun puas hati sbb sdp (masuk bakul angkat sndr) Adam Yusuf mkn xnak stop..bgn pagi smbg mkn lg...Aqil Hanafi asik mkn creamcheese je..tart shell bg mama perabis...Ainul Jannah pn dh join sekaki mkn cheesetart..mama mkn xbagi mula mulut bsg "bakkkk..bakkkk"..huhu en.hubbie mcm selalu la..sbb nk mkn cheesetart trs tlg shoot gmbr xda tggu mama mntk tlg..hehehe katanya "dlm rumah ni ada syarat..nk mkn kena ambil gmbr dulu"...hehe dh rupa 3Abdul punya ayat daaa..sib baik mntk ambil gmbr je tau kalo mntk ambil bau je br tau..hehehe

Tuesday, June 5, 2012

. : Kuih Buah Melaka @ Onde-Onde : .

Salam semua..

Kali ni mama tak nk beceloteh pnjg..sbb kesejukkan..huhu tekan keyboard pn tgn rasa beku..huhu so jom layan resepi kuih tradisional org melayu yg mama cuba baru2 ni utk buat juadah berbuka puasa :)


Buah Melaka @ Onde-Onde
Resepi asal : Ena ~ Lovely Kitchen

Bahan-banhan :
3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 - 2 keping gula melaka / Kurosato
sehelai daun pandan (xletak)
Pewarna hijau(blh pelbagaik' warna)
3/4 cawan kelapa kering
sedikit garam


 Cara - cara :
  1.  Gula Melaka di potong kiub kecil.
  2. kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
  3. Masukkan cawan tepung pulut, sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna hijau ke dalam mangkuk.
  4. Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
  5. Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
  6. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
  7. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
  8. Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
  9. Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
  10. Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
  11. Sedia untuk dihidangkan.