Salam semua..
Mood bermalas2an di hari minggu :) tapi xsabar hati ni nk berkongsi resepi dgn sahabat2 semua...ini la bahana kalo org puasa mengidam..huhu hari tu nak men"JEPUN" xdpt..ni nak men"ITALI" pula la..huhu dah lama mama asyik intai2 resepi dari 1 video ke video yg lain..dari 1blog masakan ke blog masakan yg lain...akhir mama menggabungkan 2resepi TIRAMISU dari Laura Vitale In The Kitchen dan Kak UmmiAkid-lily....disebabkan Kak Lily bgtau tiramisu yg letak telur lebih sdp jadi mama ambil keputusan nak cuba yg menggunakan telur dulu :) hasilnya mmg xmengecewakan :) Jom intai resepi...
RESEPI TIRAMISU
Resepi Asal : Kak UmmiAkid-lily
Sumber : Laura Vitale In The Kitchen
RESEPI TIRAMISU
Resepi Asal : Kak UmmiAkid-lily
Sumber : Laura Vitale In The Kitchen
Bahan-bahannya :-
Bahan A
1 ketul Philadephia Cheese
2 biji kuning telur
3/4 cawan gula halus - ikut kesesuaian manis
Bahan B
300ml thicked cream/whipping cream
Biskut Sponge Finger/Lady Finger
Koko powder
4 sudu Espresso + gula - bancuh utk rendam biskut (mama xletak sbb kat biskut dah ada gula)
Cara - cara :-
- Pukul bahan A hingga kembang dan ketepikan.
- Pukul whipping cream hingga sederhana kembang dan satukan dalam bahagian A. Gaul rata.
- Celup lady finger dalam air espresso coffee dan atur dalam bekas kegemaran. Letak adunan tadi cheese dan lapiskan . Taburkan serbuk koko.Buat selang seli sebanyak 2 tingkat.Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3-4jam atau semalaman.
- Tabur serbuk koko di atas atau hias mengikut kreativiti sendiri.Boleh dihias dgn strawberry dan coffee bean :)
No comments:
Post a Comment