Followers

Friday, June 1, 2012

. : Qadha Puasa : .

Salam dan selamat pagi semua..

Alhamdulillah masih masih lagi meneruskan ibadah puasa..hari ni masuk hari ke-14 dan masih berbaki 11 hari lg..insyaallah dlm masa 2mggu lagi usai la Qadha Puasa mama..buat masa skrg mama masih belum blm berpuasa terus-menerus memandang Ainul Jannah masih menyusu dgn mama apapun alhamdulillah rezeki susu badan mama masih byk..syukur sgt2 :)


Kebetulan mama berpuasa ni jd mama nak kongsi sedikit info tentang Qadha Puasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Anak Dan Ibu Mengandung :)

Mengikut MAZHAB SHAFIE :-

1. Bagi Ibu yg menyusukan anak TIDAK BERPUASA KERANA RISAUKAN DIRINYA
- Dia tidak perlu membayar fidyah, memadai hanya menggantikan puasanya.

2. Bagi Ibu yg menyusukan anak TIDAK BERPUASA KERANA RISAUKAN ANAKNYA
- maka dia perlu menggantikan puasanya dan membayar fidyah. 

Dari sumber lain pula :-
  1. Daripada Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT membebaskan puasa dan separuh solat bagi musafir, dan membebaskan puasa bagi wanita yang hamil dan wanita yang menyusui". (R. Lima Imam) Dalam hadis ini terdapat dalil bahawa wanita yang hamil dan menyusui boleh tidak puasa, iaitu bila wanita yang menyusui khuatir atas bayi yang disusuinya dan wanita hamil khuatir atas janinnya.
  2. Menurut Ishaq, wanita hamil dan wanita yang menyusui tidak puasa dan boleh makan serta tidak wajib mengqada. Jika keduanya mahu boleh mengqada dan tiada fidyah.
  3. Menurut Syafei, Al Auzai dan Az Zuhri, bagi wanita hamil dan menyusui yang meninggalkan puasa maka wajib qada tanpa fidyah.
  4. Kemudian menurut ulama Syafeiyah wanita hamil dan menyusui anak wajib mengqadha dan membayar fidyah. 
Jadi terpulanglah kepada puan untuk memilih mana satu pendapat ulama di atas. Cuma saja puan-puan tidak perlu berpuasa berganda, cukup mengganti sebanyak yang tinggal.

Ada pendapat lain pula mengatakan :-

HUKUM PUASA IBU HAMIL PADA SETIAP BULAN RAMADAN (merangkumi IBU MENYUSU JUGA)


Saya lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan wanita yang kerap hamil dan menyusu anak kecil pada bulan Ramadan hendaklah membayar fidyah sahaja tanpa qada (ganti) puasa yang tertinggal. Pendapat ini didukung oleh Ibn Umar dan Ibn Abbas dan lain-lain. Pendapat ini juga dilihat sebagai lebih bersimpati dengan kaum wanita yang menghadapi masalah-masalah kwanitaannya.

Kaum ibu di luar bandar pada hemat saya lebih banyak menghadapi masalah ini. Setiap kali Ramadan tiba, mereka sama ada dalam tempoh bersalin atau menyusukan anak. Jika hukm mewajibkan mereka mengganti puasa yang tertinggal, akan terjadi suatu keberatan terhadap mereka, sedangkan Islam agama rahmat dan mudah dihayati.

Bagi ibu-ibu yang tidak kerap bersalin atau yang jarak kehamilannya jauh, seperti kebanyakan wanita moden yang tinggal di kota atau yang hamil hanya sekali atau dua kali sahaja seumur hidupnya, saya berpendapat lebih baik bagi mereka menggantikan puasanya, kerana tidak cukup alasan baginya untuk membayar fidyah sahaja tanpa puasa. Kelonggaran hukum hanya dipertimbang bagi mereka yang menanggung beban dan kesulitan sahaja.

Dalam kesempatan ini saya ingin menasihatkan, khususnya terhadap kaum wanita yang ada menaggung puasa wajib yang belum digantikan, hendaklah menggantikannya dengan segera, kerana setiap orang tidak mengetahui apa akan terjadi pada masa-masa akan datang. Jika hutang sesama manusia menghalang roh seseorang untuk mendapat balasan baik di akhirat, hingga hutang diselesaikan, maka hutang puasa yang merupakan salah satu rukun Islam, lebih wajar disempurnakan dengan segera. Wallah A`lam.. 

Pandangan mama :-

Jadi mcm2 fatwa,pendapat dan pandangan kita dpt..mana satu yg wajar diikut??bagi mama selagi mampu kita gantilah puasa yang tertinggal itu tp andaikan keberatan dan membebankan kita guna alternatif lain seperti memberi makan fakir miskin seorang dlm sehari,membayar fidiyah tanpa qadha puasa..ikut la kemampuan kita..Islam itu MUDAH..Allah SWT tidak akan membebankan hamba2nya..Keindahan Islam :)

6 comments:

  1. selamat mengganti puasa natt, moga allah bagi kekuatan untuk berpuasa untuk ibu bf mcm natt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm k.tina..alhamdulillah dipermudahkan segale urusan nat..kat sini xterase sgt puasa sbb dh winter n tempoh berpuasa xlama..

      Delete
  2. selamat mengganti puasa. esti letih sgt sbb natt masih menyusukan ank lg. semoga tabah ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm nora :) nak kata letih sgt tu xde la..tp bila dh sejuk ni nk mnm air pn krg tu je mslhnye..sbb kat sini puasa kejap je subuh 5.24am pastu berbuka 4.55pm..alhamdulillah mmg nat ambik peluang tu utk ganti puasa yg hampir sebulan ni :)

      Delete
  3. bagus mama natt.. wpun msh bf, ttp cekal hati dan tabah utk mgantikan puasa.. betul kata ayat akhir tu, hutang dgn manusia pun wajib dibyr inikan pula hutang dgn Allah kan...


    insya allah, mama natt boleh ! boleh utk mngantikan puasa yang masih berbaki tu... smoga Allah permudahkan semuanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mama titi..masa bujang dulu selalu pndg ringn ganti puasa ni..tp bila dh semakin matang dh pndi berfikir ni kene la ada hijrah kn..alhamdulillah diberi kekuatan n ketabahan mengganti puasa..kita berhutang wajib bayar xkira sesama manuasia ni lg2 ngn Allah kn..andai xmampu insyaallah Allah lebih mengetahui :)

      Tq mama titi tambah semangat bila ada yg menyokong..amin amin amin ya rabbal alamin..

      Delete