Followers

Tuesday, September 18, 2012

. : Kuih Kasturi : .


Salam semua..

Langkah pertama..nak kasi panas enjin..ok kali ni mama nak kongsi resepi KUIH KASTURI dari blogger cooking & baking terkenal Hasue...mama buat kuih ini untuk juadah bulan puasa hari tu..punya la peram..hadoiii dah basi bak kata CMG..huhu apa pun tetap nak kongsi di sini..buat yg tau xkisah la tp buat yg xtau blh la di cuba buat juadah sarapan pagi atau mnm ptg kan..jom kita intai resepi yg mama C&P dari blog Hasue :) terima kasih buat Hasue yg sudi berkongsi resepi dan tips..moga ilmu ini memdapat kebekatan dari-Nya...aminn


RESEPI KUIH KASTURI
Resepi : HaSue@sue-hasue.blogspot.com
 
Inti Kacang Hijau
Bahan2:

  • 1 cawan kacang hijau
  • 3/4 atau 1 cawan gula pasir(kemanisan bergantung kepada selera masing2)
  • 1 sudu kecil garam
  • Air secukupnya untuk merebus kacang
Cara2 membuatnya:
  1. Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika,rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk.
  2. Apabila air rebusan hampir kering,tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga benar2 kering(sila kacau selalu apabila hampir kering tu untuk mengelakkan berkerak atau hangus)
  3. Setelah benar2 kering,barulah masukkan gula dan garam tadi. Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair tu..Biarkan renih dan kering lagi sekali..kacau sekali sekala dan pastikan guna api sederhana.
  4. Apabila sudah mula kering,perlahankan api..dan kacau sentiasa.
  5. untuk memastikan inti sudah masak-kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap dari inti atau tiada renihan lagi walaupun api masih terpasang..memang senyap je(takde plup2 dah kat adunan inti tu..haha..bahasa apa aku guna nih),dah siap laa tu..harap faham laa maksudnya ni..hehe
  6. Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk..
Kuih Kasturi / Kuih rengas / Kuih Kacang Hijau
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
  • Inti kacang hijau secukupnya(rujuk cara membuatnya di atas)-Bentukkan bulat2 sebesar bola pingpong dan leper2kan sedikit.. *sila rujuk di SINI
Tips dari Hasue : Inti yang sudah dibentuk supaya senang untuk digoreng..inti ini juga tahan disimpan dalam peti sejuk dan sedia saja untuk digunakan..jadi jimat masa kan.

Bahan2 membuat adunan tepung/batter:
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/3 sudu mkn marjerin
  • 1 sudu kecil garam
  • secubit gula
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit pewarna kuning
  • Minyak secukupnya untun menggoreng-lebih kurang 2 cawan
Cara2:
  1. Dalam bekas,campurkan tepung,marjerin,garam,gula. Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning
  2. Panaskan minyak dalam kuali,celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.
  3. Kuih yang sudah dicelup pada adunan tepung dan sedia untuk digoreng di dalam minyak yang sudah dipanaskan..sudah nampak kuning keemasan angkat dan toskan..
  4.  Sedia dihidang :) SELAMAT MENCUBA..





With L.O.V.E
~~MamAdaM~~

No comments:

Post a Comment