so utk kali ni mama wat Choc Moist Cake n deco wif buttercream..so uol nk resepi gak ke??blh..blh..no hal...jom kite lyn..
~~Choc Moist Cake~~
1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Campurkan semua bahan diatas dan ayak 3 kali)
1 cawan minyak jagung
1 ½ cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 cawan air panas mendidih
Cara-cara :-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah.
2. Gaulkan minyak jagung dengan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati. Masukkan susu cair dan kacau rata.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga
sebati.
5. Campurkan air panas mendidih dan gaul lagi hingga sebati.
6. Tuang pada tin pembakar yang telah disapu minyak jagung. Bakar sehingga masak. Untuk
pastikan kek masak ialah dengan cara cucukkan lidi penguji. Bila lidi keluar bersih bermakna
kek dah masak.
7. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat topping.
P/S : Tidak boleh menggunakan mixer. Apabila menggaul hendaklah gaul semua bahan dalam satu putaran
sahaja. Kek harus dibakar sebaik sahaja sesudah mencampurkan air panas ke dalam adunan.
pndai nya deco kek...fra bab membakar kek, mmg liat la nat...mls gile..tp bab masak lauk pauk, mmg rajinnn hehe
ReplyDeletefarra : nat mmg minat nk blaja wat kek..dpt lps utk mkn2 family pn dh puas ati..ni nat cube2 sndr jed..tgk kat resepi kat tenet..tgk video kat youtube..xkemas lg deconye farra..akn cube perbaiki..hehehe
ReplyDelete