Ni lg satu blog masakan yg mama terjebak..blog Masam Manis Kak Azlita..hasil air tgn beliau sgt teliti n gmbr2 masakan beliau sgt menarik..xmcm mama main taram je..DSLR wat pekasam ipon jgk yg sonang..huhu
Resepi pertama yg mama cube dr blog kak azlita is Cream Puff..sgt sng n sedap..mmg xcukup rasenye 1bancuhan tu..jom kite tinjau resepinye...untuk lebih details uol blh jenguk blog Kak Azlita : http://fromintankitchen.blogspot.com/search/label/PUFF
Resepi Cream Puff
Sumber: Azlita Masam Manis
Bahan-bahan ( 10 biji ):
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)
Cara-cara:
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.Masukkan telur, kemudian kcu cpt2.
Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
Cara buat kastard krim :
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning
Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi.
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
Masak sehingga pekat.
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.
Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.(mama gune cara ni mls nk kuar msk microwave)
No comments:
Post a Comment