Salam semua...
Lama betul mama peram resepi ni..ats semangat kwn2 yg ingin mencuba resepi ni t'update jgk akhirnya :) mama xleh celoteh pnjg2 sbb si kecik ni tgh meragam..huhu jom intai resepinya..buat tuan resepi mohon izin kongsi resepi di blog picisan ni yer :)
Resepi Asal : kak fida
Sumber : Mas Duniaku
Bahan-bahan ( loyang 10 inc )
1 bji buah limau1 cawan minyak
2 cawan gula halus( Kurangkan kpd 1cawan shj)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
1 sb oren sanquick (mas tambah)
sedikit pewarna oren (mama guna kuning)
Cara- cara :
- Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
- Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
- Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
- Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
Nota :
- Jangan tuang adunan hingga penuh kedalam bekas sebab Mas lihat, kek oren ni akan naik hampir 2 kali ganda semasa proses membakar, jadi biarkan baki suku dari bekas supaya kek tak melimpah nanti semasa dibakar.
- Mas letak 1 1/2 cawan jerk gula tu dan pada Mas kek oren tu dah cukup manis.(mama rasa 1cwn dh cukup manisnya)
Resepi Cream Cheese Frosting
Resepi Asal : Arin Oshin
Bahan - bahan :
200gm creamcheese
100gm butter
70gm gula icing
Cara - cara :
Satukan kesemua bahan diatas kedalam mixer bowl dah putar hingga adunan nampak gebu dan berkrim :)
as simple as that..but the taste is superb :)
Cara - cara :
Satukan kesemua bahan diatas kedalam mixer bowl dah putar hingga adunan nampak gebu dan berkrim :)
as simple as that..but the taste is superb :)
No comments:
Post a Comment