Followers

Sunday, February 13, 2011

“Foremilk” dan “Hindmilk”

Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk).

Apabila bayi mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair (mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat) yang berperanan untuk menghilangkan dahaga bayi.

Manakala di akhir penyusuan bayi akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan mengenyangkan kerana mengandungi kurang air (berbanding foremilk) dan lemak yang tinggi. Hindmilk mengandungi kalori yang tinggi dan ini penting untuk memberi tenaga serta penting untuk tumbesaran bayi.

Description: Two 25ml samples of human breast milk. The left hand sample is Foremilk, the watery milk coming from a full breast. The right hand sample is Hindmilk, the creamy milk coming from a nearly empty breast. (Source: wikipedia.org)

Oleh itu, pastikan ibu-ibu membiarkan bayi menghabiskan sebelah payudara sepenuhnya dan tidak bertukar ke payudara yang satu lagi untuk memastikan bayi mendapat kedua-dua foremilk dan hindmilk tersebut...

p/s : info ni mama ambik dari blog MomChoice ...bg kwn2 mama yg tgh dok mencari info tentang BF blh la jenguk2 blog tu..sgt2 berinformasi..

2 comments:

  1. oooo info yg bermanfaat...

    baru la tau... tp da lamer notice da.. ader beza susu muler2 ngn kalo da lamer dier hisap... yg lamer tu pekat sikit rupernyer sbb ni eh...

    tq dear..

    Jom baca: SR Mengecewakan

    ReplyDelete
  2. zura zari : nilah yg org tue2 dok ckp tu..kanan mknn kiri mnmn..just penjelasan dorg tu mcm xlogik je..ni yg dok cungkil info..

    ReplyDelete