Followers
Wednesday, November 30, 2011
Saturday, November 26, 2011
. : Dating @ La Parouse : .
- terletak ditepi pantai..kawasannye seperti 1pusingan bulatan..
- ade tempat utk berjemur ditepi pantai..
- ade tempat utk memancing ikan...
- ade tempat utk beristirehat sambil menikmati pemandangan yg sgt2 cantik..
- ade bagunan lame seperti castle tp mama xsempat nk bace ape sejarahnye..
- ade musium tp xdpt nk masuk sbb mase kami dtg tu hari musium ditutup..
. : Red Velvet Cake with Cream Cheese Frosting : .
Resepi ni dh lama mama peram..lps dh cuba mama peram lg..kirenye bile mama update ni dh msk ranum gamaknye..hehehe mama dok geram tgk sahabat2 mama mencube resepi..lg2 mama ni berhantu psl cheese..mmg "crazy in lurve with cheese" bak kate omputih..huhu
Hajat hati dr nk buat POPCAKES terus ke RED VELVET CAKE topping with CREAM CHEESE FROSTING...wallah walaupun belum sempurna sepenuhnye tp mama puas hati sgt2..berbaloi la keje remeh-temeh nk membuatnye..hehe tp hanye mama n en.adam je yg minat nk mkn...yg lain rase je..ok la xnk citer pnjg2 lg jom kite tinjau resepinye..
RESEPI RED VELVET CAKE
Sumber : Ummi Kart
BAHAN-BAHAN
- di ayak -
* 1 1/4 cwn tepung gandum
* 1/2 sdt baking powder
* 1/2 sdt garam
- di satukan -
+ 1 sdb serbuk koko
+ 1 sdb pewarna merah (mama letak lbih lg utk dpt warna merah yg menyala..bergantung pd pewarna yg digunakan)
1/4 cwn soft unsalted butter
3/4 cwn sugar
1 bji telur
1/2sdt esen vanilla
1/2 cwn buttermilk - mama campurkan 1/2 cwn susu segar + 1/2 sdt lemon ( biarkan 10 minit )
1/2sdt vinegar -mama gantikan ngan 1/2 sdt lemon
1/2 sdt baking soda
CREAM CHEESE FROSTING
125g cream cheese
50g unsalted butter
110g powdered sugar -
1 cup fresh cream, whipped until stiff -mama guna thickened cream sbb tu je yg ade n lebih pulak tu syg nk smpn ckit je tggl..
CARA-CARA
1. panas kan oven - 175 degrees Celsius.
2. pukul butter + gula hingga gebu. masukkan telur dan pukul hingga sebati. masukkan esen vanilla dan campuran koko powder.pukul hingga sebati
3. masukkan bahan ayak + susu seang seli. (F-M-F-M-F)
4. dlm mangkuk kecik, campurkan cuka / jus lemon + baking sodadan biarkan seketika dan masukkan dlm adunan..kacau rata menggunakan spatula.masukkan dlm loyang yg berukuran 6" and dan bakar seama 50min atau sehingga masak (mama msk xsmpi pn 50minit..lps 30minit bkr br cek n cek sehingga kek masak)
5.BIARKAN SEJUK ATAS JARING
7. BIA DAH SEJUK..BELAH CAKE MENJADI 2 ATAU 3 LAPIS AND SAPUKAN CREAM CHEESE FROSTING DAN BIARKAN SEJUK DLM PETI AIS
Cream Cheese frosting:
1. PUKUL CREAM CHEESE + BUTTER HINGGA LEMBUT
2. MASUKKAN GULA AISING AND PUKUL HINGGA RATA
3. MASUKKAN CREAM AND ADUK RATA...THEN BOLEH SAPU PADA CAKE.
Friday, November 25, 2011
. : Muffin Oren : .
Bile sejuk mula la perut berbunyi2 kan??bile bgn je pg td otak mama pn dh mule bekire2 nk sarapan ape yer pg ni??mula2 nk buat karipap kentang tp kenangkan inti xbuat lg..nk buat kulit karipap lg...mkn mase tu lg2 bile pikir en.hubbie dh nk ke uni...
Mama pun mule singgah ke blog2 masakan kegemaran mama...sekali tepandang oren ats peti ais yg byk xberusik terus dtg idea nk buat muffin la..rase2 ade tenampak resepi muffin oren diblog Hana's Family...mmg betul ape yg hana tulis diblog yg muffin ni xcukup 1 bancuhan..sudahnye mama kene buat lg 1 pusingan...apepun sgt2 puas hati dgn muffin ni..bahan mudah dpt,senang sgt nk buat n rasenye mmg mantopppp..tekstur yg lembut,gebu n ringan je..mmg mama rekemen kalo ade yg nk cube tu..mesti puas hati :)
Mama minta izin yer hana kongsi resepi MUFFIN OREN ni ;) rindu rasenye dgn hana yg dh lame menyepi...harap sgt2 hana kembali aktif berblogging kembali...
MUFFIN OREN
Resepi asal : Yani Myresepi
Sumber : Hana's Family
Bahan-bahan
- 90g butter
- 70g gula halus
- 1 biji telur
- 40ml jus oren
- sedikit vanila esen
- 110g tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil parutan kulit oren
Cara-cara
- Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula,pukul sehingga putih.
- Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati.(sebelum masukkan telur ke dalam adunan,pukul dulu sikit telur tu dengan garfu. Tak perlu kembang). Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.
- Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn jus oren sambil di kacau. (tepung-jus-tepung-jus-tepung)
- Masukkan parutan kulit oren dan kacau sehingga sebati.
- Isikan cup muffin. Bakar selama 25-30minit dengan suhu 180C.
- Sedap makan panas2!
Thursday, November 24, 2011
. : Sama tapi tak serupa: .
Wednesday, November 23, 2011
. : PopCake : .
Tuesday, November 22, 2011
. : Hadiah lg manyaknyeeeee : .
Tekejut beruxx mak noks..huhu mmg xsangka buah cempedak dh jd nangke..
Tetibe en.hubbie blk mengejut..mama rsu ingtk' apehal..rupenye sakit kepale..kesian mama tgk..ngn xmkn lg..trs siapk' mkn n bg mkn ubat cpt2..kang melarat lg ssh..
Pastu en.hubbie dtg kt mama hulur something dlm pelestik..aponyo???ingt kasut sbb ade kotak..sekali bile mama kuark'...rase nk gugur jntg mama ni...
Apedie biar la rahsie kami..mama hepi sgt2 sbb dh lame jd idaman kelebu..huhu tup2 dpt pegang,sentuh n rase mcm mimpi je..
Mood mmg hepi sgt2 dlm hati munge2 matahari bekembang mekar..huhu mission completed ;)
Gmbr hiasan semate2 tiada kene mengene dgn jln cerite..hehe
Monday, November 21, 2011
. : Susu Ibu Sebatian Ajaib : .
jangan befikir "Breast" itu sebagai simbol sex tp ia sebenarnya sebagai kilang makanan kasih dan sayang antara ibu dan anak..indahnya ciptaan Mu.
SUSU IBU SEBATIAN AJAIB.
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu." (Surah Luqman, ayat 14)
Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.
Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini.
Memantapkan Sistem Imunisasi
Senarai manfaat air susu ibu kepada bayi bertambah setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi minum air susu ibu terlindung daripada penyakit berkaitan sistem pernafasan dan penghadaman. Ini kerana antibodi-antibodi yang terdapat di dalam air susu ibu menyediakan satu perlindungan langsung daripada jangkitan. Sifat anti-infeksi lain air susu ibu adalah menyediakan satu persekitaran sesuai untuk bakteria "bermanfaat" yang dipanggil sebagai "flora normal" sekaligus menangkis serangan bakteria, virus dan parasit berbahaya. Tambahan pula, didapati bahawa terdapat beberapa unsur di dalam air susu ibu yang mengawal sistem imunisasi terhadap penyakit berjangkit dan membolehkannya berfungsi dengan lebih teratur.
Kaya Dengan Nutrisi
Oleh kerana air susu ibu telah direka secara khusus, ia merupakan makanan yang paling mudah dihadam oleh bayi. Selain kaya dengan nutrisi, ia juga mudah dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang sensitif. Memandangkan bayi menggunakan sedikit sahaja tenaga untuk mencerna air susu ibu, maka tenaga selebihnya dapat disalurkan untuk fungsi tubuh yang lain, pertumbuhan dan perkembangan organ.
Air susu ibu yang mempunyai bayi pra-matang mengandungi tahap zat lemak, protein, natrium, klorida dan besi yang lebih tinggi untuk menampung keperluan bayi. Ianya telah dibuktikan bahawa fungsi mata bayi pra-matang yang diberi minum air susu ibu adalah lebih baik dan lebih cemerlang dalam ujian kecerdasan. Tambahan pula, mereka turut memiliki banyak kelebihan lain.
Omega-3
Kandungan minyak omega-3 asid alfa linoleat menjadikan air susu ibu penting untuk perkembangan bayi. Selain menjadi sebatian penting untuk otak dan retina manusia, ia juga amat mustahak bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Omega-3 secara khusus penting sepanjang masa kehamilan dan peringkat awal usia bayi demi perkembangan otak dan saraf yang normal. Ramai saintis menegaskan kepentingan air susu ibu terutamanya sebagai satu sumber omega-3 semulajadi dan sempurna.
Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
Selain daripada itu, kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis Universiti Bristol, United Kingdom mendapati bahawa antara kebaikan jangka panjang air susu ibu adalah kesan positifnya terhadap tekanan darah, yang mana ia dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Kumpulan penyelidik tersebut menyimpulkan bahawa sifat perlindungan yang terdapat di dalam air susu ibu disebabkan oleh kandungan nutrisinya. Menurut hasil kajiannya yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Circulation, bayi yang diberi minum air susu ibu kurang berisiko menghidap penyakit jantung.
Kehadiran rantaian panjang asid lemak poli tidak tepu (polyunsaturated fatty acids) dalam air susu ibu (untuk mencegah pengerasan arteri) dan hakikat bahawa bayi yang diberi minum air susu ibu menggunakan sedikit natrium (berkait rapat dengan tekanan darah) serta tidak mengalami pertambahan berat badan berlebihan merupakan antara cara air susu ibu memberi manfaat kepada jantung.
Sebagai tambahan, satu pasukan diketuai oleh Dr. Lisa Martin, dari Pusat Perubatan Hospital Kanak-kanak Cincinnati di Amerika, telah menemui kadar kandungan hormon protein (adiponectin) yang tinggi dalam air susu ibu.
Kandungan adiponectin yang tinggi dalam darah dikaitkan dengan kurangnya risiko serangan jantung. Tahap adiponectin yang rendah ditemui pada orang yang mengalami kegemukan dan berisiko tinggi mengalami serangan penyakit jantung. Maka disepakati bahawa bayi yang diberi air susu ibu mempunyai risiko kegemukan yang rendah dengan kehadiran hormon ini.
Tambahan pula, mereka juga menemui sejenis hormon yang dipanggil sebagai leptin dalam air susu ibu yang mempunyai peranan utama dalam metabolisme lemak. Leptin dipercayai berfungsi menyampaikan isyarat kepada otak bahawa terdapat lemak pada tubuh. Berdasarkan pendedahan Dr. Martin, hormon-hormon yang diserap semasa peringkat bayi melalui air susu ibu dapat menurunkan risiko pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetes tahap dua dan daya tahan insulin, serta penyakit jantung koronari.
Fakta tentang "Makanan Tersegar"
Fakta-fakta tentang air susu ibu tidak tamat di sini. Sumbangannya terhadap kesihatan bayi berkembang mengikut fasa pertumbuhan bayi dan kandungannya berubah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi mengikut peringkat-peringkat tertentu. Unsur gula dan lemak dalam air susu ibu, yang sentiasa tersedia dan pada suhu yang sesuai, memainkan peranan penting dalam perkembangan otak. Tambahan pula, elemen lain seperti kalsium turut memberi sumbangan dalam perkembangan tulang-tulang bayi.
Meskipun dinamakan susu, namun sebahagian besar sebatian ajaib ini sebenarnya terdiri daripada air. Ini merupakan ciri terpenting kerana selain daripada makanan, bayi juga memerlukan cairan dalam bentuk air. Kebersihan sepenuhnya tidak mungkin didapati dalam air atau bahan makanan selain daripada air susu ibu. Namun air susu ibu yang merangkumi 90% air dan tidak kurang, memenuhi keperluan air bayi dalam cara yang paling bersih dan sihat.
Susu Ibu dan Kecerdasan
Kajian saintifik membuktikan bahawa pembangunan kognitif di kalangan bayi-bayi yang diberi air susu ibu adalah lebih hebat berbanding bayi lain. Satu analisis perbandingan berkaitan dengan bayi yang diberi air susu ibu dan bayi yang diberi susu formula oleh James W. Anderson—seorang pakar dari Universiti Kentucky—mendapati bahawa minda bayi yang diberi minum air susu ibu adalah lima kali lebih tinggi berbanding dengan bayi lain. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa kecerdasan diperoleh daripada air susu ibu sehingga enam bulan, dan bayi yang disusui kurang daripada lapan minggu tidak menunjukkan sebarang kesan dari segi kecerdasan minda.
Benarkah Air Susu Ibu Menentang Kanser?
Hasil daripada kesemua kajian yang dijalankan, terbukti bahawa air susu ibu, yang ratusan penulisan mengenainya telah diterbitkan, melindungi bayi daripada kanser. Hakikat ini telah diketahui meskipun mekanismenya belum difahami sepenuhnya. Sewaktu sebuah protein dari air susu ibu membunuh sel-sel tumor yang dibiakkan dalam makmal tanpa merosakkan sebarang sel sihat, para pengkaji menyatakan bahawa satu potensi yang hebat telah ditemui.
Catharina Svanborg, seorang profesor imunologi klinikal Universiti Lund di Sweden, ialah ketua kumpulan peneliti yang menemui rahsia ajaib air susu ibu ini. Pasukan tersebut menerangkan keupayaan air susu ibu dalam menyediakan perlindungan terhadap pelbagai bentuk kanser sebagai satu penemuan yang menakjubkan.
Pada mulanya, para peneliti mengkaji sel-sel lendir usus yang diambil daripada bayi-bayi yang bari dilahirkan dengan air susu ibu. Mereka mendapati bahawa penyakit pneumonia yang diakibatkan oleh bakteria Pneumococcus dapat dihentikan dengan berkesan oleh air susu ibu. Bahkan bayi yang diberi air susu ibu amat kurang mengalami masalah pendengaran berbanding bayi yang diberi minum susu formula dan risiko jangkitan penyakit pernafasan yang terlalu rendah.
Selepas beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa air susu ibu juga memberi perlindungan terhadap kanser. Setelah menunjukkan bahawa kanser limfa di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula semasa fasa kanak-kanak berlaku sembilan kali ganda, mereka menyedari bahawa hasil yang sama juga berlaku untuk pelbagai jenis kanser yang lain.
Berdasarkan keputusan tersebut, air susu ibu berupaya mengenal pasti sel-sel kanser secara tepat lalu memusnahkannya. Zat bernama alpha-lac (alphalactalbumin) yang banyak di dalam air susu ibu menjejak dan membunuh sel-sel kanser. Alpha-lac dihasilkan oleh sejenis protein yang membantu pengeluaran gula laktosa dalam air susu ibu.
Rahmat Tiada Bandingan Ini adalah Satu Anugerah dari Allah
Satu lagi ciri menakjubkan air susu ibu adalah hakikat bahawa ia amat bermanfaat untuk diberi kepada bayi selama dua tahun terawal.
Maklumat penting yang hanya diketahui oleh sains baru-baru ini, telah dinyatakan oleh Allah 14 kurun yang lalu melalui ayat:
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; ..." (Surah Al-Baqarah, ayat 233)
Si ibu tidak merancang untuk menghasilkan air susu ibu, sumber khasiat terbaik untuk bayi tidak berdaya yang memerlukan makanan dalam kandungannya, serta tidak menentukan tahap pelbagai nutrisi di dalamnya. Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui keperluan setiap makhluk dan mengasihi mereka, Yang menciptakan air susu ibu untuk bayi di dalam tubuh si ibu.
- Artikel iluvislam.com
. : 5minute Choc Cake : .
Haaaaa mesti korg pn nk kan..kan..kan...????alahai resepi ni pejam mate pn org leh buat tau...moh kite intai resepinye...
Ingredients :
- 5 tbsp castor sugar
- 3 1/2 self raising flour
- 2 1/2 cocoa powder
- 1 large egg
- 3 tbsp fresh milk
- 5 tbsp vegetable oil
Step by step :
- Place dry ingredients in a bowl mix well with fork.
- Add rest of the ingredients mix well using a fork.
- Spilt over 2cups or 1 large mug.
- Place in microwave on High for 2mins n 45secs or 3mins for large mug.
- Top it with vanilla ice cream but mine i top it with white choc (no ice cream in stock)..
Happy Trying :)
. : Hadiah Dunia & Akhirat : .
HADIAH DIDUNIA iPhone 4 |
2 pasang telekung yg dipos khas dari Malaysia |
Thursday, November 17, 2011
. : Beef Steak With Blackpaper Sauce : .
Sebenarnye beberape hari sebelum tu mama ade buke mulut ckp yg mama nk sgt belajar buat beef steak..tup2 esok en.hubbie dh beli daging steak..di sini utk dpt daging yg halal xkire cincang,beku atau dh siap2 dipotong seperti daging steak...mudahkan..daging mmg segar n lembut...senang sgt xbyk keje hanye basuh n perap je..
Menu kali ni resepinye mama selongkar dari dapur Hana's Family lg :) suke benar mama betandang ke dapur hana walaupun dh lame xberasap..sbb masih byk lagi resepi2 beliau yg mama belum cube...sebelum mama membebel pnjg2 jom la kite intai resepinye...
BEEF STEAK
Resepi asal:thebabybackgrill
Sumber : Hana's Family
Bahan-bahan (bahan perapan boleh PILIH ikut suka)
EASY MARINADE
- Garam
- Blackpepper
- Minyak zaitun extra virgin oil
- atau boleh gune Italian Dressing
- 11/4 cawan sos tomato
- 1 cawan air
- 1/3 cawan cider vinegar @ cuka epal
- 1/2 cawan gulaperang
- 1 tbsp onion powder - bleh ganti bawang parut/blend
- 1 tbsp garlic powder - bleh ganti bawang putih parut
- 1 tbsp blackpepper
- 1 tsp cayenne @ chili flakes
- 3/4 cawan kicap
- 1/4 cawan cuka
- 3 tbsp Worcestershire sauce
- 1/4 cawan gula perang
- 2 tbsp minyak masak/minyak zaitun
- 1tbsp bawang putih parut
- 1/2 cawan kicap
- 1/4 minyak zaitun
- 3 tbsp gula perang
- 1 biji lemon - perah ambil jus
- 3 tbsp bawang putih parut
- 1 tbsp bawang besar - cincang
- 1 tbsp halia parut
- garam dan blackpepper
Gaul semua bahan dengan daging. Perap 1jam atau lebih atau semalaman. Panggang/grill hingga masak. cume tambahkan dengan lebihan bahan perapan daging dan lebihan grill.. sedappp!
BLACKPAPER SAUCE
Resepi asal : k.hanieliza
Sumber : Hana's Family
Bahan-bahan
- 1 labu bawang besar - potong dadu
- 4 - 5 sudu besar lada hitam - kisar halus (*akak letak 3 sb. jek)
- 2 sb. sos tomato
- 2 sb. kicap pekat
- 1 cawan air rebusan ayam/daging/serbuk pati (*akak guna serbuk pati lembu)
- 1 sb. tepung jagung ) dibancuh
- 1/2 cawan air ) bersama
- 2 sb. susu cair (*akak guna fresh milk je)
- 1 sb. butter untuk tumis
- garam dan gula secukup rasa
- Panaskan butter dan tumis bawang besar sampai layu.
- Masukkan air rebusan/serbuk pati yang dibancuh dengan 1 cawan air.
- Masak hingga kuah agak pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan tepung jagung. Kacau dan masak hingga agak pekat sikit.
- Masukkan susu cair, kacau rata.
- Perasakan dengan garam dan gula.
Bahan-bahan (mama cuba hana punye resepi)
- 11/2 cawan stok ayam@daging - hana gune stok ayam (air+kiub ayam)
- 1/2 cawan susu segar - nk kurangkn pon bleh!
- 4-5 sudu serbuk lada hitam
- 2cm btg salery - cincang
- 1/2 biji bwg besar - cincang
- 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu mentega/ marjerin
- 1/2 tin cendawan butang - dhiris
- 2 sudu besar tpg gandum - bancuh ngan air
- garam dan gula - jika perlu
- panaskan stok ayam, susu segar, bawang n juga btg salery. didihkan.
- kemudian tapis. buang bwg n juga salery. klu tk nk tapis pon takpe! didihkan smula.. masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
- last skali masukkan bancuhan tpg gandum utk mendptkan kepekatan yg dkehendaki.
Resepi asal : Hana's Family
Bahan-bahan
- 5-6 biji kentang
- 2 sudu besar butter
- 1 sudu besar mayonis
- 2 sudu besar susu segar
- sedikit blackpepper
- garam
- Kupas kulit kentang. Potong 4 atau 6. Rebus sehingga empuk. Toskan. Satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu. Ketepikan.
Source : daunpandan@myresipi.com
Bahan-bahan
- 650 ml air
- 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
- 1 biji bawang besar - cincang
- 1 batang saderi - cincang
- 40 gm mentega
- 20 gm tepung gandum- bancuh dgn sedikit air
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- sedikit serbuk lada hitam
- kicap pekat
- garam- hana tak letak sbb dah masin
- Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
- Masukkan semula air rebusan ke dalam periuk. Masukkan butter, sos tomato, kicap (bergantung kehitaman yang dikendaki) dan sos tiram. Kacau sebati.Kemudian masukkan blackpepper.
- Masukkan garam jika perlu.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
- Kecilkan api, bancuh tepung dengan sedikit air, kemudian tapis utk mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
- Curahkan ke atas kentang putar.
Friday, November 11, 2011
. : Double Celebration Part 1
. : Double Celebration : .
credit to en.google :) |
Buat suami kesayangan hambo terima kasih sgt utk "sweet treats" for our anniversary n mama bezday..walaupun pada mulenye ckp xde hadiah tp xsmpi hati kot..apepun ape yg en.hubbie dh beri jauh belebih2 sebenarnye...tp bak kate org tua rezeki jgn ditolak :) sgt enjoy spent time bersama suami n ank2 dihari yg penuh bermakne...
Buat family n kawan2 yg xputus2 mengucapk' tahniah n selamat hari lahir terima kasih sgt2..hanya Allah yg mampu membalasnye...mama doak' kalian pn di panjangk' umo dan diimurahkan rezeki..aminn
Sebelum mama mengakhiri en3 penuh makne ni jom kite imbas kenangan2 di hari tersebut..bg mama ini lah hari lahir yg paling indah tp agak tekilan arwah abh xdpt nk menyambutnye bersama..mama doak' moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatk' dikalangan org2 beriman..aminnn
My Birthday cake that my brother bought n there is my mama..miss uol so much :) Memang xdpt merase diperut tapi sgt2 terase dihati..tq adik kakak muhammad ikhwan :) |
Tuesday, November 8, 2011
. : 5years 2gether : .
Fruit Of Our Heart :) |