Followers

Tuesday, May 8, 2012

. : Famous Amos Cookies : .


Salam semua...

Jadi burung hantu berjaga tengah mlm jap...arini puasa..tp xbesahur..rasa mcm nk tumbang je..huhu so arini utk langkah berjaga2 mama dh mkn dulu kol 12 td..huhu tp skang xleh la tdo br lps mkn kn..hehehe

Jadi xnak la buang masa kan..jom mama kongsi resepi bikut yg sedappppp dari Ejen SLOM Iera Hazira :) terima kasih sgt2 atas resepi yg sedap ni..insyaallah dgn perkongsian ilmu ini mudah2an akn jd lebih berkat dan dipermurahkan rezeki tuannya..aminn

COOKIES FAMOUS AMOS
Resepi asal : Iera Hazira

Bahan-bahan ( 1kilo cookies = 100 keping ) :
(BAHAN2 A)

1 cawan gula (mama letak 3/4 cawan)
1 cawan gula perang (mama letak 3/4 cawan)
1 cawan mentega (~150gm)
1 cawan minyak
1 telor
secubit garam
1 sb susu segar @ susu tepung
1 sudu teh esen vanilla

(BAHAN B)

4 cawan tepong gandum (di ayak)
2 sudu besar serbuk koko (di ayak)
2 sudu besar tepung jagung ( di ayak)
1 sudu teh cuka
1sudu teh soda bikarbonat
1 cawan almond nibs (dipangang) (mama letak almond slice)
2 cawan semi sweet choc chips (mama letak milk choc chip)

Cara-cara :
  • Satukan semua bhn2 A ke dalam mangkuk besar..gaul ke semuanya sampai sebati..
  • Bila dah sebati baru masukkan bhn2 B pulak ke dalam adunan td..
  • Kali ni gaul guna senduk atau spatula je..masukkan mengikut urutan di atas bhn2 B tersebut.
  • Panaskan oven terlebih dahulu dgn suhu 160 celsius.. masak selama 15-20 minit.. bergantung pd oven.


Selamat Mencuba :)

2 comments: