Aduhai mood kelaut lg nk update blog..skang ni dok turun naik moodnya..tp tetap juga update kan :) kali ni mama nak kongsi resepi kuih kegemaran mama sejak dh meningkat usia ni..yelah masa kecik xpandang kuih ni..coklat sokmo..hahaha padahal kuih ni sedap wooo..itulah kuih TART NENAS..dh feeling2 rayo ni..hehe jom intai resepi :)
RESEPI CHINESE PINEAPPLE TART
Resepi asal : Dunia Dari Dapur Kak Jee
bahan-bahan :(anggaran 70biji)
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
50 gm gula icing
250 gm butter (anchor/fern/scs)
2 biji kuning telor
jem nenas (buatlah macam biasa) dan di gentel (nanti tgk video)
Cara membuat doh:
Tepung gandum dan tepung jagung diayak dan dicampur gula ising dalam satu bekas.
Butter dipotong dadu kecil2 dan diramas (rub in method) dalam tepung.
Setelah campuran menjadi berderai, masukkan dua telor kuning, gaul sampai rata dan uli perlahan lahan.
Biarkan ia rehat selama 20 minit. Kemudian ambil sebesar duit 50 sen dibulatkan dan...Sila tonton video dibawah :)
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment