Followers

Wednesday, February 15, 2012

. : Custard Tea Cake : .


Alhamdulillah tercapai jgk salah satu resepi dlm senarai resepi yg wajib dicuba mama iaitu Custard Tea Cake yg mama ambil dari dapur Kak Tina Othman dan blognya Cerita Tina ...sebenarnya dah lama mama mengintai resepi ni yg resepi asalnya adalah dari blogger terkenal dlm dunia masakan Cik Mat Gebu dan blognya Dapur Tanpa Sempadan..lepas tu dicuba pulak oleh geng Jom Kongsi-kongsi Resepi Kak Lily Talib aka UmmiAkid :) makin membuak2 la perasaan nk mencuba..dan smlm adalah hari penentuan..tdk blh tdk mesti cuba..hehe

 
  


 Penilaian mama setelah mencuba kek ni :-
  • Belum makan tp teruja sgt bau yg mmg tangkap leleh..ala2 bau butterscocth..
  • Kek ini agak kering n bederai tp seimbang dgn krim kastard ditengahnya yg lemak n cair didalam mulut bila mkn (lg byk letak krim kastard lg syokkk)




RESEPI CUSTARD TEA CAKE
Resepi Asal : CMG Dapur Tanpa Sempadan
Sumber : Kak Tina Othman @ Cerita Tina 

Bahan kek :-
125 gram mentega
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla
 
Bahan Custard:-
1 camca besar tepung custard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar
15 gram mentega - (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla


 
Cara membuatnya :-

UNTUK KASTARD :-
  1. Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
  2. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
  3. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan. 
  • Adunan custard ni tina buat double jadi dapatlah letak banyak, barulah syok (mama pun buat double)
UNTUK KEK :-
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci - (Mama guna Muffin cup)
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang.
  3. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
  • mama menggunakan teknik seperti membentuk cream puff dgn mencelupk' jari kedalam air dan meratakan adunan supaya bila kek sudah masak ia tidak comot dan naik sekata :)  
  • Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!

4 comments:

  1. fengsan..nnti nak cube la pulak ..nmpak cam sodap yo..custard tu..meleleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat jgn xbuat..mmg highly recommended :) tp sedia air kopi siap2 tkt tecekik..hehehe

      Delete
  2. adeh, teringin lah pulak, mesti semerbak je kan rumah time bakar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tulah smlm yg last cake tu rase cam syg nk mkn..mmg rase nk buat lg je..lgpn bhn sng dpt..bau tu toksah ckp la..mmg menawan kelebu..huhu

      Delete