Followers

Sunday, July 29, 2012

. : Family : Movie The Amazing Spiderman : .


Salam Ramadhan..

Hensem la hero spiderman yg baru ni ++ heroin yg cute..suka sgt dgn suara seksi heroin tu..sebenarnya ni back dated entri..aktiviti merambu sebelum puasa..hihi entah apa mimpi en.hubbie setelah berkurun xmasuk paggung nk mencemar duli masuk panggung :) akhir skali mama masuk paggung kat the curve lg 2mggu sebelum besalin Adam Yusuf..skrg dh nk masuk umur 5thn..huhu lama kn..

Cerita panjang pun xguna..apapun mmg enjoy sgt hari tu..anak2 pun behave sgt2..walaupun cerita ni agak slow awal2nya..smpi nk tetido Adam Yusuf dok tggu en.spiderman keluar..tp dia enjoy sgt..Aqil Hanafi plak buat panggung tu mcm dia punya..bertabur popcorn..tumpah air coke..huhu pastu dia punya teruja tgk en.spiderman smpi suara dia je dgr..sib la mat salleh kat sini semua sporting dik oi...kalo kat msia mau kita kena baling botol air dah..haha Ainul Jannah plak mula2 dh teruja tgk spiderman..pastu dah boring dia bantai merangkak kat dpn seat..last2 umpan dh nenen trs tdo smpi habis movie..tu yg syok kalo tgk midnight..anak2 dah mengantuk xda la sgt nk buat huru-hara kan :)

Xda gambar sgt dlm panggung..nama pun panggung kompem golap..hehe layan jelah pic apa yg ada ni ha..jnji dpt buat kenangan..hari bersejarah ank2 masuk panggung...hihi



With L.O.V.E <3<3MaMaDaM<3<3

Friday, July 27, 2012

. : Sydney : Menu Ramadhan Ke-6 : .

Salam Ramadhan..

Masuk seminggu kita berpuasa..lagi 23hari saja lg..apa persiapan yg dah mama buat???xda apa2 pun..
  • baju raya-non ado..
  • kuih raya-xda mood nak buat..
  • duit raya-non ado jgk..
  • rumah-xsiap apa pun..
sesungguhnya tumpu pada ibadah puasa di bulan Ramadhan..alhamdulillah..harap2 baju raya 2tahun lps tu masih muat kat mama sbb baju kurung yg satu tu dh xmuat..huwaaaaa ada hikmah rupanya beli baju raya gedebeh 3thn lps..hihi ishhh puasa baru seminggu sibuk cerita pasal raya..huhu jom intai apa menu dari dapur mama semalam..mama nak kongsi resepi masakan kampung yg mudah tp sedapppp :) 
 

Menu Iftar 6Ramadhan : -
  • Sambal sotong pedas xhengat..hikhik
  • Sayur campur rencah udang
  • Sup Isi Ikan Ling
  • Daging Goreng Cili Kering
Mama nak kongsi resepi menu yg akhir tu..ilham dari sahabat mama yg baru dtg ber'honeymoon di Sydney seminggu sebelum puasa :) nnt mama update kedatangan beliau di entri akan dtg..

RESEPI DAGING GORENG CILI KERING
Resepi Asal : Piey Ja

Bahan-bahan :-
  • 500g Daging lembu (dihiris nipis dan direbus hingga empuk)
  • 4-5 tangkai cili kering (dihiris dan dibuang biji cilinya)
  • 1biji bawang besar (di mayang)
  • 2ulas bawang putih (di mayang)
  • 1/2 kiub sayur/ayam
  • 1 sudu teh sos tiram
  • Garam & Gula secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak masak
Cara-cara :
  1.  Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar+putih+cili kering sehingga naik bau..
  2. Masukkan sos tiram gaulkan dan taburkan kiub sayur/ayam gaulkan rata..
  3. Masukkan daging yg telah direbus dan gaulkan lagi..
  4. Akhir sekali perasakan dgn garam&gula secukupnya.
  5. Siap..sedia dihidang :)

With L.O.V.E <3<3MaMaDaM<3<3

Thursday, July 26, 2012

. : Sydney : Menu Ramadhan Ke-5 : .

Salam Ramadhan..

Hari yg ke-5 berpuasa mama nak update menu utk berbuka puasa yg ke-5..request dari en.hubbie kesayangan hamba :) nak lamb katanya..blh aje xda masalah lgpn mudah je kan..dh beli lamb tp bahan2 utk Sos Lada Hitam pula ada yg kurang..nak tunggu en.hubbie blk lmbt pula nk msk nnt..sbb sos kena buat awal2 dan masa nak dkt berbuka blh tumpu pada lamb yg digrill..grill atas dapur je..hehe ok la tu pn dah sdp..alhamdulillah puas mkn kat Sydney..kalo nk mkn kat luar mau rm20++ sepinggan tu pn mcm nak xnak je hidangannya..huhu ok la xnak celoteh pnjg sbb kerja rumah  belum selesai..huhu tp nak kongsi resepi sos lada hitam yg baru mama cuba smlm dan Kentang Putar..lagipun smlm xsempat langsung nk jenguk ke blog ni..huhu

RESEPI SOS LADA HITAM
Resepi Asal : Kak Ina KL
Sumber : Hana's Family

Bahan-bahan
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 4 - 5 sudu besar lada hitam - kisar halus (mama letak 2sb pn dh pedas)
  • 2 sb. sos tomato (Mama letak 1sb je)
  • 1 sb sos tiram (mama tambah)
  • 2 sb. kicap pekat (mama letak 1sb kicap manis kipas udang)
  • 1 cawan air rebusan ayam/daging/serbuk pati
  • 1 sb. tepung jagung (dibancuh1/2 cawan air ) bersama
  • 2 sb. susu cair (mama letak 3sb susu segar)
  • 1 sb. butter untuk tumis
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-Cara
  1. Panaskan butter dan tumis bawang besar sampai layu.
  2. Masukkan air rebusan/serbuk pati yang dibancuh dengan 1 cawan air.
  3. Masak hingga kuah agak pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan tepung jagung. Kacau dan masak hingga agak pekat sikit.
  4. Masukkan susu cair, kacau rata.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
RESEPI KENTANG PUTAR.
Resepi Asal : Hana's Family

Bahan-bahan
  • 5-6 biji kentang
  • Sedikit cheddar cheese dihiris kecil2 (mama tambah)
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar susu segar
  • sedikit blackpepper
  • garam
Cara-cara
  • Kupas kulit kentang. Potong 4 atau 6. Rebus sehingga empuk. Toskan. Satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu. Ketepikan.
Mama xbuat pun gravy utk kentang putar tapi mama dgn rajin dan baik hatinya C&P resepi utk sahabat2 mama yg ingin mencuba :)

RESEPI GRAVY@SOS KENTANG PUTAR
Sumber : daunpandan@myresipi.com

Bahan-bahan
  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum- bancuh dgn sedikit air
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat
  • garam- hana tak letak sbb dah masin
Cara-cara
  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan semula air rebusan ke dalam periuk. Masukkan butter, sos tomato, kicap (bergantung kehitaman yang dikendaki) dan sos tiram. Kacau sebati.Kemudian masukkan blackpepper.
  3. Masukkan garam jika perlu.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
  4. Kecilkan api, bancuh tepung dengan sedikit air, kemudian tapis utk mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
  5. Curahkan ke atas kentang putar.
Ok selesai sudah..selamat mencuba dan selamat menjalani ibadah puasa :)

 
With L.O.V.E
<3<3MaMaDaM<3<3

Tuesday, July 24, 2012

. : Sydney : Menu Ramadhan Ke-4 : .

Salam ramadhan..

Berlalu dan terus berlalu..Ramadhan yg ke-4 selesai sudah..alhamdulillah syukur diberi kesihatan dan kekuatan utk menunaikan rukun Islam ini..apa menu kita hari ni??pusing punya pusing..ronda punya ronda..dok mencari resepi utk dijadikan juadah berbuka puasa..akhirnya berkenan dgn menu kakak syg KC Ella...IKAN DORY SWEET SOUR mmg berbaloi mencuba..mudah dan sedap :) mama mintak izini kongsi resepi di sini yer KC..moga mendapat keberkatan di bulan yg mulia ni buat KC dan keluargan..aminn


RESEPI IKAN DORY SWEET SOUR
Resepi Asal : KC Ella

Ikan Dory Goreng Tepung

Bahan - bahan :

  • Sekeping Fillet Ikan Dory (mama guna ikan ling)
  • Tepung Jagung
  • Garam
  • Minyak Masak
Cara - cara :
  • bersihkan isi ikan dory dan potong dadu sederhana besar dan gaul dgn garam secukupnya.
  • Sadurkan dengan tepung jagung
  • Panaskan minyak..setelah minyak betul2 panas masukkan ikan dory tadi dan goreng sehingga keemasan.
Sweet Sour Sauce
Bahan -bahan :
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Nenas,putik jagung,tomato,brokoli,cendawan butang,carrot,timun (dipotong ikut kesesuaian)
  • 1/2sudu besar tepung jagung (dibancuh dgn air) 
  • Sedikit Sos Cili,Sos Tomato,Sos tiram (mama tmbh),Marple Syrup (mama tmbh)
  • Garam secukupnya
  • Perasa
Cara - cara :
  • Tumbuk bawang merah+putih+halia..dan tumis sehingga naik bau..
  • Masukkan Sos Cili+Tomato+Tiram+Marple Syrup dan biar mendidih..
  • Masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air td..kalo perlu tambah air dlm 1/2cwn..
  • Setelah mendidih masukkan sayur-sayuran yg dh siap dipotong..biarkan sebentar dan masukkan garam+perasa.siap..
Masukkan Ikan dory yg dh digoreng td ke dalam pinggan besar..dan curahkan sos sweet sour..sedia dihidang :)


With L.O.V.E <3<3MaMaDaM<3<3

. : Sydney : Menu Ramadhan Ketiga : .

Salam Ramadhan..

3hari dh berlalu..cepat sgt rasanya..semakin hari semakin jauh Ramadhan meninggalkan kita.."sesungguhnya beribadatlah kamu seperti kamu ingin mati esok hari" sempena bulan mulia ini mari kita sama2 menambah amal ibadah dan sedekah jariah semoga mendapat barakah(keberkatan)..

Saja je nak update blog mama ni dgn menu berbuka puasa..hehe mesti ramai yg akan search dgn keyword menu berbuka puasa :)jadi menu semalam ialah Sotong Goreng Tepung (request byen.hubbie), Paprik Udang (tekak mama) & Tom Yam Ayam+Lamb (untuk anak2)..mmg xpedas pun..masa bulan puasa ni perut kena jaga betul2 kalo terlebih mkn pedas silap2 haribulan terpaksa cuti puasa kan :)


 RESEPI PAPRIK UDANG
Resepi Asal : Hana's Family

Bahan-bahan
  • 500g udang segar
  • 4 ulas bwg merah - hiris bulat
  • 2 ulas bwg putih - dicincang
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik(mama guna yg dh siap kisar
  • beberapa helai daun limau purut
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk *hana ketuk jugak!(mama xletak)
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa
Cara-cara
  1. Panaskan kuali.
  2. Tumis bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis serta udang. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG
Resepi Asal : MamAdaM

Bahan-bahan :
  • Sotong (dihiris sederhana)
  • Tepung kentucky
  • tepung jagung
  • 2biji telor (dikocok)
  • Sedikit garam dan lada hitam kisar 
  • Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara :
  •  Sadurkan sotong yg telah siap dibersih dan dipotong dengan tepung jagung.
  • kemudian celup kedalam telur yg telah dikocok dan di campur dgn lada hitam kisar dan garam secukup rasa.
  • Akhirnya baru disadur dgn tepung kentucky dan goreng dlm minyak yg panas dgn kaedah deepfry..
  • Angkat setelah nmpk tepung warna keemasan..



With L.O.V.E <3<3MaMaDaM<3<3

Sunday, July 22, 2012

. : Watermark Oh Watermark : .

Salam Ramadhan..

Menggigih dari smlm nak buat watermark design..dah buat satu tp cam xpuas hati..sbb buat dlm keadaan yg kelam-kabut..so selepas subuh pg ni mama pn try search and ideas baru..

Taraaaaaa...inilah hasilnye..simple n nice..sesuai la utk mak2 mcm mama ni..hehe nampak sejuk mata memandang bg mama la :)

notajejariruncing : aduhai anak2 ni..semua pakat bgn seawal subuh..xaman mama nk ngadap blog and fb..ok la uol mama nk start enjin buat kerja rumah plak..vrooomm..vroom...


With L.O.V.E <3<3MaMaDaM<3<3

. : Sausage Rolled Cheese & Pasta Sauce : .

Salam Ramadhan..

Satu Ramadhan dah pun berlalu..mari kita terus menunaikan rukun islam yg satu ini..moga mendapat barakah dari-Nya..aminn hurmm bila puasa mula la pening menu apa nk masak utk juadah berbuka..inilah nasib kami diperantauan..kalo sebelum2 ini mesti berlumba-lumba nak bersahur dan berbuka dikampung bersama keluarga tercinta :)  xpa disini pn masih ada suami dan anak2 yg sentiasa bersama..jadi pagi ini mama nak update resepi mudah tp sedap yg diminta oleh en.hubbie utk juadah berbuka..alahai senang betul selera suami mama ni..apa menunya???Sausage Rolled Cheese With Pasta sauce and side dish baked beans & salad telur mata kerbau..hehehe mmg menjilat jari kenyang sampai pagi :)



 . : Sausage Rolled Cheese & Pasta Sauce : .

Bahan-bahan :-
 ~~Sausage Rolled~~

1 Keping Pastry Puff size 10x10
4 batang sosej yg dicelur terlebih dahulu
Cheddar cheese
Kuning telur,blackpaper dan bijan (untuk glaze dan hiasan)

cara-cara :-
  •  Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 200c
  • Belah pastry kepada 4 bahagian
  • Taburkan cheddar cheese diatas pastry puff..sukatan ikut suka yer :)
  • Ambil 1 sosej letak di atas pastry puff yg dah ditabur cheese dan gulung..
  • Pukul sedikit kuning telur dan sapukan ke atas pastry puff yg dah digulung..kemudian tabur sedikit blackpaper dan bijan..
  • Bakar pada suhu 200c selama 20minit atau mengikut oven masing2 :) 
 

~~Pasta Sauce~~

1/2 botol pasta sauce (ikut citarasa masing2..mama guna yg traditional)
2 biji cendawan butang dihiris
1/2 kiub sayur

Cara-cara :-
  •  Campur semua dalam 1 periuk kecil dan didihkan :)

~~Salad telur mata kerbau~~

2biji telur digoreng mata kerbau garing2
Salad
Tomato cherry
Timun Jepun (zuccini)
Mayonis
Baked Beans (dipanaskan sebentar dgn microwave )

Cara-cara :
  •  Semua bahan diatas di potong kecil ikut kesesuaian anda didalam 1 bekas dan gaul dgn mayonis sehingga serata semua..
  • Sedia dihidang :)


With L.O.V.E
<3<3MaMaDaM<3<3

Saturday, July 21, 2012

. : Family : Selamat Hari Lahir Mama : .

Salam Ramadhan..

Entri ni khas buat myMama tersayang sempena hari lahir beliau yg ke-54..insan yg sgt2 mama rindui..insan yg sentiasa menjadi Idola mama..

Selamat Hari Lahir Mama <3<3 Mama, 

Aku menulis kerana aku rindu..
Rindukan pelukan hangat mu, 
Rindukan ciuman dipipi ku, 
Rindukan kata-kata sakti mu.. 

Mama, 
Mengimbau kenangan kita bersama, 
Mama ada disetiap langkah ku, 
Mama ada disetiap jatuh ku, 
Mama ada disetiap ketawa ku.. 

Mama, 
Insan pertama yg mengajar ku erti kasih, 
Mengajar ku betapa hebatnya kesabaran, 
Mendidik ku yang pengorbanan itu indah.. 
Mama Idola ku.. 

Mama, 
Jauh tidak pernah memisahkan kita, 
Dihati Mama tetap bersama, 
Setiap lafaz doa tak pernah lupa buat mama, 
Moga Mama sentiasa dibawah lindungan-Nya.. 

Mama, 
Jangan pernah merasa hilang, 
Kami sentiasa ada buat mama, 
Kami ingin jadi seperti mama, 
Yang sentiasa menjadi Lilin buat kami,
Moga diberi peluang berkhidmat buat mama, 

Khas buat mama kesayangan ku..

Dari anak mu, 
~~Siti Nattrah Alias~~

notajejariruncing : pertama kali menyambut hari lahir tanpa arwah abah..bertabahlah mama moga arwah abah tenang diSana..smlm nak update entri ni tapi xmampu kerana hari lahir mama jatuh pada tarikh yg sama arwah abah dihantar ke Hospital Selayang setahun yg lalu..dan 15hari sebelum pemergian arwah abah..org cakap suami isteri itu satu nyawa..jika pergi salah seorang umpama hilang la separuh nyawa..apapun hidup mesti diteruskan..banyakk' berdoa buat yg telah tiada itu lebih baik dari kita meratapi pemergiannya..kerana jodoh,ajal dan maut adalah ketentuan-Nya..

 

. : Sydney : Aktiviti Sebelum Puasa : .

Salam Ramadhan..

1 Ramadhan :) bersyukur masih diberi peluang bertemunya..moga dpt menambahkan amal ibadah di bulan yg mulia ini..aminn dah selamat bersahur dan menunaikan solat subuh..jadi ambil masa yg tenang ni utk update kisah keluarga mama..buat kenang-kenangan di masa depan :)

Al-kisah hujung minggu lepas..mengambil peluang membawa anak2 ke park sebelum bermulanya bulan Ramadhan..bagi main puas2 sbb nnt dh kena perintah berkurung sebulan..bkn apa skrg tgh winter jd siangnya pendek..kami berbuka seawal pukul 5pm..jd mmg xsempat nk bawa anak2 main di park bulan ni..

Tempat kejadian : Sydney Park,NSW.
Tema : "PICNIC"
Menu : Nasi Lemak :)

Memang seronok sgt anak2 mama lepas geram sbb dh lama xbawa g park..musim sejuk ni pikir 2-3 kali nk bawa anak2 bersantai kat park..hero2 tu mungkin xkesejukan sbb xreti dok diam..tp kesian si kecil Ainul Jannah kesejukan..dan lagi satu hal yg mama mls sbb sejuk2 ni mama asik la nk berulang ke bilik kecil..huhu


Adam Yusuf,
Anak mama yg sorg ni x ada masalah nak bergaul..
Sampai2 je dh xsenang duduk nk main..
Tapi sbb kena paksa makan dulu..makan sambil merungut2..hehe
Sudah je mkn xsempat nasi turun ke perut terus g berlari nak main slide..
Xhirau dh mama & ayah dia..

Tapi 1 kelemahan dia..GAYAT..
Apa pun syabas anak mama sbb dpt mengatasi kelemahan tersebut..
Dia mmg takut sgt merentas jambatan yg lantainya tembus ke dasar..
Tapi akhirnya dgn dorongan dari ayah..dia boleh buat..
Tahniah sayang :)

Aqil Hanafi,
Anak mama yang sorg ni mmg pelik sikit..
Mmg ada mslh nk bergaul dgn org..
Nak mula bermain tu pn dok ulang-alik dkt mama & ayah
xtau berapa kali..
Dah lama baru la dia g beratur utk turun slide..
Itulah dia..kalo org tgk dia kat luar..
mesti xpercaya yg dia ni HERO kat rumah..
Mmg berbeza sgt sikap dia dirumah dan diluar..

Hobinya suka kutip batu,daun & kayu..
Org lain sibuk naik turun slide,buian..
lari2 nak mencuba segala mainan kat park..
tapi dia sibuk kutip semua tu pastu baling dlm kolam..
Apa pun Aqil Hanafi mmg anak yg bijak dan terang hati..
Mama sayang adik :)

Ainul Jannah,
Anak dara mama yg sorg ni pun blh tahan juga..
Makin lasak dan aktif..
Pertama kali bagi main slide..muka sgt relax..
Sampai mama yg mengah2 dok ikut dia turun naik bukit tu utk naik slide..
Mmg anak yg baik..xbanyak ragam bila dibawa keluar..
Masuk kereta..dok dlm carseat tau2 je dh lelap :)

Macam tu la cerita hujung minggu kami..sgt2 seronok sbb dpt meluangkan masa yg berkualiti dgn keluarga..xperlu nak pergi holiday atau mengeluarkan kos yg tinggi..cukup sekadar masa dan perhatian buat keluarga..insyallah tetap merasa seronok :) 

Friday, July 20, 2012

. : Sydney : Pengumuman Puasa : .

Salam semua..

Alhamdulillah smlm telah diumumkan tarikh utk kita memulakan ibadah puasa dibulan Ramadhan..bagi kenalan2 kawasan mama NSW,Sydney blh klik SINI utk keterangan lanjut..

Sempena bulan yg mulia bakal tiba mama ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan,ketelanjuran kata secara sengaja atau tidak kepada semua keluarga,sahabat dan sesiapa saja..moga dapat membersihkan diri dari segala sifat yg buruk..dikurniakan dgn hati yg tenang dan suci utk meneruskan ibadah di bulan Ramadhan..

Bagi semua umat Islam..




Thursday, July 19, 2012

. : Ramadhan Menjelma Lagi : .

Salam semua..

Alhamdulillah hari ni mama dah selesaikan segala kerja rumah dulu..jadi no rushing nak update blog kesayangan mama :)

Setahun Berlalu..Kini Ramadhan Menjelma Lagi..

Macam2 perasaan dah bertandang dalam hati mama..teringat kenangan2 setahun yg lalu..gembira,sedih,duka bercampur baur..

Setahun yang lalu..

Ketika ini tengah sibuk menyiapkan segala persiapan nak berangkat ke Sydney..dgn perasaan seronok nak memulakan hidup ditempat asing..dengan perasaan sedih nak meninggalkan keluarga tersinta..dan perasaan sayu nak berpisah dengan sahabat2 tersayang..masihkah kalian ingat wahai sahabat2 mama???kita bertemu buat kali kali terakir sebelum mama berangkat ke Sydney..


Ketika ini juga mendapat khabar berita cemas yang arwah abah masuk hospital..bermula dgn sakit yg ringan sehingga melarat2..sgt2 xsangka..terpaksa berulang alik ke Hospital Besar Selayang yg mencatat seribu sejarah hitam disitu buat mama dan keluarga..dari hari pertama puasa sehingga hari ke 15 puasa dimana disitu penamat sebuah perjalanan hidup seorang Abah..dan mama menjadi anak yatim pd umur 27thn..sesuatu yg xpernah mama duga walaupun tahu suatu hari nnt kita akan kesana jua..sgt2 bersyukur diberi peluang utk bersama-sama arwah disaat2 akhir..bkn la sesuatu yg indah tp sesuatu yg membuatkan mama puas hati sbb masih diberi peluang utk berkhidmat sbg seorg anak..sesungguhnya Allah yg menentukan segalanya..


Setelah kehilangan arwah abah..mama pn mengikut en.hubbie memulakan kehidupan baru di bumi yg asing..walaupun terpaksa meninggalkan keluarga yg masih dlm kesedihan tp sbg isteri tmptnya adalah disisi suami..sedikit2 demi sedikit melupakan kesedihan..xlupa tp bertarung dgn perasaan utk bljr melepaskan..itu yg terbaik..

Tapi...

Saat2 Ramadhan dtg lagi segala yg terjadi setahun yg lalu berputar hebat dlm kepala mama..seronok dan bersyukur sbb mama diberi peluang bertemu Ramadhan..tapi sayu sbb terkenang arwah abah..terkenangkan syawal tanpa keluarga mama,ibu,abah dan adik-beradik..moga diberi ketabahan menempuhinya..

Buat Abah..

Kehilangan yg masih berbekas dlm hati..
Hanya doa yg mampu kakak titip buat abah..
Moga diberi ketenangan abah disisi-Nya..
Abah selalu dtg dlm mimpi kakak..
Sesungguhnya kakak rindu dgn abah..

notajejariruncing : air mata xberhenti mengalir saat menaip entri ni..akhirnya mama tewas dgn perasaan sndr..menangis la sepuas2nya..moga dihujung tangisan ada kekuatan yg menanti..

. : Ainul Jannah make a step : .



Alamdulillah Ainul Jannah dah blh berjalan :)
Mula melangkah sewaktu umurnya lg 2minggu genap setahun..
Dan dikala umurnya genap 1thn 1bln dia blh berjalan dgn kuat..
Saat2 yg mama paling suka bila lihat dia berjalan terkedek2..hehehe
Ohhh cptnya masa berlalu..rindu bau baby Ainul Jannah..

Ainul Jannah
Orangnya sgt berhati2..
Sgt peka dgn sekeliling dia..
Suka sgt meniru gaya mama,ayah dan abg2nya..

Semoga Ainul Jannah membesar dgn sihat dan bijak..
Anak kesayangan mama dan ayah..
Adik kesayangan Abg Adam Yusuf..
Kawan Gaduh Abg Aqil Hanafi..

~~with <3<3~~ 
MaMa 

 

Wednesday, July 18, 2012

. : WW : My Adorable Ainul Jannah : .

Salam semua..

Saja nak update entri dgn gambar2 gelagat anak dara mama yg sorg ni..punya la lama mama tggu anak perempuan..menahan nafsu tgk hiasan dan baju2 girl yg comel2..bila dah ada ni sgt2 teruja nak menggayakan dia..tp semakin membesar semakin payah..dh pndi tari sana sini..huhu apa pun mama xkan putus asa nk m'comelk' anak dara ni :) jom layan..

Ainul Jannah : eh2 apa mama ni tarik2 rambut annah ????

 Ainul Jannah : ishhhh xsiap lagi ke????

 Ainul Jannah : tgk sikit..comel sgt ke???

Ainul Jannah : taraaaaaa...annah tau la annah comellll :)

notajejariruncing : hanya sekadar rekaan mama..apapun anak dara mama mmg comel..xkira la org lain ckp xcomel pn..huhu


Tuesday, July 17, 2012

. : Rainbow Cake : .

 Salam semua..

Lama betul nak cari mood mencuba resepi Rainbow Cake ni..dah cuba nak update di blog pn punya lama gara2 nak edit pic..hehehe mlm ni gigih juga update..dah lama sgt dok geram tgk kecomelan kek ni..WAJIB cuba..jadi sempena hari lahir anak2 mama yg dh terlepas tetap jgk buat...hasil tidak la secomel kek chef...tp ok la dari xcuba langsung kan..huhu terliur x???jom kita tgk resepinya..Kak Tina mintak izin C&P resepi di blog mama yer..moga bertambah murah rezeki akak sekeluarga..aminn


Kek Span Coklat 
Resepi Asal : Rahel
Sumber : Cerita Tina

Bahan-bahannya:

200gm tepung kek/tepung superfine (mama guna self raising flour)
180gm gula kastor (mama guna 140gm)
110ml minyak masak
100ml susu segar
40gm serbuk koko (tak letak)
20gm ovallet (mama letak satu sudu besar)
6 biji telur gred A
1 sudu teh baking powder (diayak bersama tepung)
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven. Griskan acuan. Alar dasar aduan dengan baking paper.
 (mama guna mini springform pan)
 
2. Pukul telur, gula dan ovallet sampai kembang dan gebu
tepung dan baking powder, kan putar lagi sehingga sebati.
 
3. Perlahankan mixer, masukkan susu cair, esen vanilla . 
Teruskan lagi memukul selama 5minit. Tuangkan minyak dan gaul sebati.
 
4. Timbang adunan, dan bahagikan adunan kepada 6 bahagian. 
Letak pewarna yang disukai.
 
5. Tuang adunan ke dalam acuan, Bakar pada suhu 170c selama 20-25 sehingga masak.
 
6. Bila kek sudah masak, telangkupkan selama 5 minit.
 
7. Bila kek dah sejuk, sapu nutella diatas kek dan lapikkan dengan kek yang lain. Susunan warna ikut suka ye.
 

Bahan untuk creamcheese frosting:

250gm cream cheese - tina guna Philadelphia
2 oz butter Anchor (unsalted)
2 subu besar gula castor (mama tambah)

Cara membuatnya:

Pukul creamcheese yang diletak disuhu bilik bersama butter sehingga kembang dan lembut. Sapukan frosting dikeseluruhan kek. Siap untuk dihias.Kak Tina xletak gula dlm frosting..mama tambah sbb nnt ank2 xnk mkn frosting :)

. : Sydney : Family Photoshoot : .

Salam semua..

Masih gigih mengejar entri2 yg tertinggal..bukan apa mata berpinar nk pilih gambar..huhu wahh Family Photoshoot...tajuk ngada2 kan..sebenarnya xda planning pun sbb mlm tu mmg dh ada plan utk dating dgn En.Spiderman :) cuaca hari tu mmg cantik sgt..tetiba en.hubbie ajak b'photogedix di La Perouse...apalagi berkejaran la mama menyiapkan kerja rumah..sampai xsempat nk msk lunch pn..huhu keluar siap singgah ke Eastgarden nk beli jacket spiderman kata Adam Yusuf semata2 nk tgk movie Spiderman mlm tu..tp sygnya Aqil Hanafi je yg dpt sbb xda size..Adam yusuf dpt seluar dlm Spiderman je..hihi lps shopping kejap terus ke destinasi asal :) ramai sesangatnya umat..parking pn ssh..yelah dh beberapa mggu sebelum tu hujan je..tu yg rmi balas dendam nk bersantai :) mmg syok sgt..bersantai2 ditepi pantai..hihi sejuk tp pns..camna tu yer :) apa pun jom la layan pic kami ni yer..buat pelepas rindu mana yg rindu pada kami..hehehe byk lg tp mls mau edit ++ takut org nyampah plak tgk pic berjela2..ahaksss..






. : Ainul Jannah c/up & Shopping Time : .

Salam semua..

Entri sepantas kilat..smlm dh taip hampir nk siap tetiba jejaricomel Ainul Jannah telah m'delete segala yg jejariruncing mama ni dh taip..huwaaaa terus moody..++ Aqil Hanafi telah mengganggu mama tgk episode masterchef kesukaan mama..terus bertukarrrrr jd hijau..huhu tup2 en.hubbie smpi at wrong time plak..habis semua kena amokan pocong mama..huhuhu sorry yer laling smlm mood kelaut stress ngn ank2 ayh ni..sepantas kilat la sgt entrinya..huhu

 Ainul Jannah
1year old
muka moody lps kena 3injection



 So hari ini mama nak cerita acara 2minggu lps..bawa Ainul Jannah g ambil vacination kat Uni en.hubbie..aduhai 3injection sekali kena..nurse tu yg seriau..mama mmg sedih tp untuk kebaikan..nurse tu xtau berapa kali say sorry..Ainul Jannah kuat mmg menangis tp sekejap je..hehe yg lain2 semua ok..mama timbang kat rumah beratnya 9.8kg..makan pn mkin berselera..menyusu makin kuat kebelakangan ni..lg2 waktu malam..

Balik dari c/up Ainul Jannah..en.hubbie bawa mama g shopping kat Berkinhead Point Outlet..nak belikan kasut converse katanya..dah lama ckp smpi mama dh terlupa..hehehe pastu nk beli baju mama..smpi kena paksa hokeyy..sbb ssh betul nk dpt yg berkenan dihati..yg berkenan asik la bju anak dara mama tu..smpi kena sound ngn en.hubbie.."mama kedekut ngn diri sendiri" hahaha..last dpt cardigan yg menepati piawaian mama tp price tercekik jap 59aud..sila convert..xmooooo nnt nyesal beli..hahaha dh la kasut yg offer non ado dah..beli jugak price 60aud..huhu tp xleh lawan kasut ct nurhalija mama lg mhl..aduhai mama ni bkn ler jenis suka yg mhl2..tapi kalo org belikan mama ok je :)

Kami keluar rumah pagi blk rumah dh mlm..huhu balik pulak bersilat kemas rumah sbb ada tetamu dari msia nak dtg..nasib baik berdua je..sbb xjangka stay kat rumah kami..apapun maaf sgt atas segala kekurangan yer..kami buat yg termampu :)


 Hot choc..after shopping till drop :)

myConverse :) after long time agoooo

 For someone that mama miss so much :)


Thursday, July 12, 2012

. : Aqil Hanafi : Birthday Present : .

Sambungan . : Mama VS Toys : .

Kebetulan masa hari lahir Aqil Hanafi ada Giant Toys Sale..mmg menggila sgt2..hari2 mama dok ulang tayang katalog toys semata2 rambang mata xtau nak ilih yg mana 1..walaupun yg beli ni bkn pilihannya tp puas hati sgt2 dah akhirnya dpt jgk mama beli hadiah utk ank2 mama..naik kejang kaki menawaf shopping mall..dari BigW ke Kmart smbg pula ke Target..sebenarnya dah target nak yg mana..blh pula dah habis stok..mmg xda rezeki la..tapi tetap juga merembat..jom layan hasil rembatan hari tersebut :)



  1. Playskool Poundin' nails : 9aud
  2. Cash Register : 10aud
  3. Apptivity case : 20aud x 2pcs
  4. Supermarket playset : 39aud
  5. Amazing spiderman : 20aud x 2pcs
TOTAL : 138AUD X 3.22872 = 445.56 MYR

tercekik jap tgk total kalo convert..huhu almost rm500 just for toys..not including cost for jannah cloth..huhu marilah menabung (tetiba insaf..hehehe)

ini la hadiah hari lahir Aqil Hanafi :)

Supermarket playset
Generic
Ages: 3+ years

A little shopaholic's delight, this electronic supermarket set is the perfect gift for your own little shopper. Children can pretend to shop, gathering up all their groceries, then scan them and tally up the cost. With a play credit card swipe, you can even pay for your pretend groceries electronically just like in a real store on this supermarket with working calculator. Perfect for pretend play! Includes 24 accessories, ready for credit card transactions, working cash till with calculator, pretend barcode reader, shelves for the groceries, and a fridge to keep the milk and eggs!


. : Aqil Hanafi : Happy 3rd Birthday : .

Salam semua...

Baru dapat bersiaran dgn aman...semua dh terlena..jadi mama nak ambil kesempatan update kisah2 yg berlaku kebelakangan ni..sesungguhnya masa sgt2 cemburu dgn mama..rasa mcm nak minta 48jam sehari..akn tetapi sanggup kah?????hehe

Entri kali ini khas buat anak kedua mama Aqil Hanafi..sempena hari lahir beliau yg ke'3 pada 30hb June 2012..ohhh dh bsr anak mama ni..seorang anak yg sgt2 buat mama pening kepala tp selalu buat mama tersentuh dgn sikap dan kata2 beliau..anak yg sgt bijak tutur kata..celik hati dan minda..mungkin sikap "NAKAL" itu sebagai tanda bahawa anak mama ini bijak..beliau juga seorang yg kelakar dgn tatabahasa yg tercapai dek akal mama..huhu setiap anak itu anugerah..hargailah mereka sayangilah mereka :) (Peringatan buat mama yg sering alpa dgn kemarahan dan ketidaksabaran menghadapi sikap ank2..huhu)

Mama seronok sbb dpt beli hadiah yg mama hajati buat Aqil Hanafi..nnt mama update bab tu pula yer..seharian kita habiskan bersama keluarga..tiada kata2 yg mama dpt gambarkan betapa seronoknya kita..mama selitkan kenangan2 sekitar hari tersebut :)


 Anugerah Terindah :)

 

 Adam Yusuf With Ayah

Mama With Aqil Hanafi & Ainul Jannah

Ucapan Khas Buat Aqil Hanafi

Semoga adik menjadi anak yg soleh,
Taat pada Allah SWT, Mama&Ayah,
Semoga adik menjadi ank yg bijak,
Membesar dgn sihat & cergas..
Cantik rupa & budi bahasa..
Moga Allah sentiasa memberkati hidup adik..
dunia mahupun akhirat..

mama nak adik tau..
biar adik xcomel mcm org lain..
biar adik nakal n xdgr ckp..
mama tetap syg adik..
dari adik lahir dan smpi bila..

Regards,
~~Mama~~

notajejariruncing : ibu kalo marah dimulut tp dihati xsampai..tp sebagai ibu jaga mulut sbb setiap yg keluar adalah doa..dan doa ibu adalah senjata yg paling tajam..moga digunakan kejalan kebaikan..aminn

. : Ainul Jannah : 1st Birthday : .

Setahun Berlalu..

Penuh penanti buat mama n ayah utk seorg puteri :) overdue hampir seminggu dan akhirnya berbaloi apabila lahir permata hati kami Ainul Jannah sbg pelengkap keluarga kecil kita..20hb June 2011 adalah tarikh keramatnya..cerita selanjutnya blh baca di SINI ...

Sesungguhnya masa sgt pantas berlalu..alhamdulillah perkembangan seiring usianya..berjalan dh kuat..mulut pn dh bising..pandai dh membuli abg2 :) masih menyusu dgn mama sepenuhnya..tp skrg pandai dh curi2 mnm susu botol abg2..huhu nmpknya mama kena mula mengepam blk utk buat stok dlm botol :) caiyok mama :)

Tiada sambutan dibuat..mama masih berhutang KEK HARI LAHIR lg ni..hehehe kami cuma mkn diluar..apapun mmg seronok dpt meluang masa dgn keluarga..insyaallah blk msia kita buat party yer..






SELAMAT HARI LAHIR YG PERTAMA
BUAT AINUL JANNAH KESAYANGAN KAMI
SEMOGA AWAK MEMBESAR MENJADI
MUSLIMAH YG SEJATI..
CANTIK RUPA SERTA PEKERTI
DIBERI KESIHATAN DAN KECERDIKAN AKAL 
MENJADI ANAK YG SOLEHAH BUAT MAMA & AYAH
DAN SENTIASA DIBAWAH LINDUNGAN-NYA
AMINNN

Regards,
 ~~Our Small Family's~~

notajejariruncing : mood nk menulis terbantut bila hero 2org ni memekak je kejanya..smpi adik bgn..skt hati betul la..