K.A.M.I
Salam semua..
Hari mama kena Monday Blues la...penat & mengantuk sgt2..huhu tapi nak curi masa utk update tentang tetamu istimewa mama Lin & Family mggu lepas..seronok sgt dpt bertemu..mcm xpercaya pun ada :)
Kami berkenalan melalui Facebook dari group Kumpulan Ibu Menyusu aka KIM..masa tu beliau tgh mengandungkan anak pertama dan sdg mengumpul info tentang Penyusuan..melalui FB kami selalu bertukar komen..berkongsi tips BF dan resepi dan cerita kehidupan diperantauan..dan tak sangka dari alam maya kami bertemu di alam realiti..
Padam hujung bln Mei beliau ada memberitahu mama tentang percutian beliau ke Sydney dan ingin menumpang dirumah...tp mama menyusun sepuluh jari sbb xdapat memenuhi hajat beliau..mintak maaf sgt2 yer Lin...berat hati sgt2 masa nak bgtau hari tu..tp mengenangkan mama xdpt menyediakan keselesaan kpd tetamu terpaksa mama tolak..yelah rumah ni comel je 2bilik..dgn katil tak ada..bilik air 1 je..sedangkan kami anak-beranak pg2 berebut2 bilik air..nnt ada tetamu mesti tetamu xselesa..huhu sedih sgt2..nasib baik beliau memahami..dlm tak disangka rezeki beliau ada bilik kosong di Malaysian Hall..
Dah alang2 beliau ke Sydney mmg mama xlepas peluang menjemput beliau dh singgah rumah..alhamdulillah sabtu lps berjumpalah kami buat pertama kali...beliau membuat permintaan utk mama buatkan TIRAMISU..tak jadi masalah :) mama jemput untuk minum petang..menu simple je..Bihun Goreng Singapore + sambal tumis ikan bilis (pedas pulak tu..1st time pki cili kering baru) huhu dan dessert Tiramisu + Strawberry..
Akhirnya dpt jgk mama bertemu dgn Baby Aina..kecil molek je orgnya tp sgt tegap bg bayi berumur 4bln :) comel sgt2..harap Baby Aina suka hadiah kecil dr mama natt yer :) moga panjang umur kita bertemu lagi yer..doa2kan rezeki kami ke Queensland pula..hehe Buat Lin,asben & Baby Aina terima kasih sgt2 sudi singgah diteratak comel kami :)
No comments:
Post a Comment