Followers

Saturday, July 21, 2012

. : Family : Selamat Hari Lahir Mama : .

Salam Ramadhan..

Entri ni khas buat myMama tersayang sempena hari lahir beliau yg ke-54..insan yg sgt2 mama rindui..insan yg sentiasa menjadi Idola mama..

Selamat Hari Lahir Mama <3<3 Mama, 

Aku menulis kerana aku rindu..
Rindukan pelukan hangat mu, 
Rindukan ciuman dipipi ku, 
Rindukan kata-kata sakti mu.. 

Mama, 
Mengimbau kenangan kita bersama, 
Mama ada disetiap langkah ku, 
Mama ada disetiap jatuh ku, 
Mama ada disetiap ketawa ku.. 

Mama, 
Insan pertama yg mengajar ku erti kasih, 
Mengajar ku betapa hebatnya kesabaran, 
Mendidik ku yang pengorbanan itu indah.. 
Mama Idola ku.. 

Mama, 
Jauh tidak pernah memisahkan kita, 
Dihati Mama tetap bersama, 
Setiap lafaz doa tak pernah lupa buat mama, 
Moga Mama sentiasa dibawah lindungan-Nya.. 

Mama, 
Jangan pernah merasa hilang, 
Kami sentiasa ada buat mama, 
Kami ingin jadi seperti mama, 
Yang sentiasa menjadi Lilin buat kami,
Moga diberi peluang berkhidmat buat mama, 

Khas buat mama kesayangan ku..

Dari anak mu, 
~~Siti Nattrah Alias~~

notajejariruncing : pertama kali menyambut hari lahir tanpa arwah abah..bertabahlah mama moga arwah abah tenang diSana..smlm nak update entri ni tapi xmampu kerana hari lahir mama jatuh pada tarikh yg sama arwah abah dihantar ke Hospital Selayang setahun yg lalu..dan 15hari sebelum pemergian arwah abah..org cakap suami isteri itu satu nyawa..jika pergi salah seorang umpama hilang la separuh nyawa..apapun hidup mesti diteruskan..banyakk' berdoa buat yg telah tiada itu lebih baik dari kita meratapi pemergiannya..kerana jodoh,ajal dan maut adalah ketentuan-Nya..

 

No comments:

Post a Comment