Followers

Monday, October 4, 2010

. : Butter Cookies : .


~~Butter Cookies~~

Bahan-bahan ( 36 biji - 4cm )

  • 370g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur
  • 150g gula
  • 150g butter-suhu bilik
  • sedikit esen vanila

Cara-cara :-

  1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula sikit demi sedikit. Pukul lagi sehingga putih.
  2. Kemudian masukkan telur dan esen vanila, pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau dgn spatula sehingga sekata.
  4. Wrap dgn plastik wrap. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
  5. Keluarkan dr peti sujuk. Alaskan papan canai dengan plastik wrap. Letakkan doh kat atasnya. Kemudian letak satu lagi plastik wrap kat atas doh tadi. Canaikan sehingga setebal 5mm. Terapkan dgn cookie cutter.
  6. Bakar dalam suhu 180C selama 20-25 minit.
Ini adalah kuih raye mama yg ke-2..yg pertama sila klik SINI ..punye la lame mama peram pic ni...haa mcm mane mama leh transfer pic ni..nnt mama citer k...actually ni order by en.hubby cousin for her son birthday party..so dh alang buat mama buat skali la utk raye..lgpun bdk2 suke kuih ni bpk bdk pn suke..mama lg la suke buat..heheheso sape2 yg berminat leh la cube yer..mama lupe plak mama ambk sape punye resepi ni tp dr myresipi.com..cube jgn xcube tau uol..hehehe


No comments:

Post a Comment