Followers

Tuesday, May 21, 2013

. : Sydney : Featherdale Wildlife Park : .

Assalammualaikum semua..

Entri kali ni dah dok bekapok dlm draft bertahun kot..dr yg kecik dh besor..dari yg montel dh selim melim (kenkunun mama la tu) hahahaha

Ini stori rombongan cik kiah ke Featherdale Wildlife Park...dlm 45minit dr umah mama...mini zoo kecil yg sgt best tau..boleh beramah mesra dgn kangaroo n koala...mcm2 binatang ada...xmo citer panjang2..nk tau sila ke website Featherdale Wildlife Park untuk tau maklumat lanjut...tp sgt berbaloi kalo bawa ank2 kesini..kat entrance setiap kanak2 akn diberi PASPORT utk dicop di setiap checkpoint yg disediakan..

Ok2 nk masak dinner dh ni..nnt kite smbg lagi..sila layan pic2 yg comel tu yer..hahaha






























Monday, November 19, 2012

. : Order : Rainbow Cake Alisha : .

Salam November..

Alhamdulillah rezeki hujung tahun..diberi peluang untuk buat Birthday Cake for Alisha yg cute :) mula2 tu risau jgk..tapi syukur sgt dpt siapkan pada waktu yg tepat even xpuas hati sbb topping xkemas..semua gara-gara Ainul Jannah yg moody..huhu cabaran nk buat kek xda pun..tp cabaran dari si kecik tu mmg mencabar sungguh..hehe buat Alisha :-

Selamat Hari Lahir yg Ke-2 buat Alisha...semoga awak membesar menjadi anak yg solehah buat mama n papa..menjadi anak yg bijak n comel :)

Jadi mama nk update resepi Rainbow Cake yg mama ambil dari dapur Kak Azlita..sedap sgt..2kali mama cuba..yelah nak ambil order mesti cuba dulu kn :) jom mama kongsi resepi..minta izin kongsi ilmu yer Kak Ita..moga murah rezeki Kak Ita sekeluarga..aminn mama pernah cuba resepi lain boleh tgk SINI.


RAINBOW CAKE
Resepi Asal : Zuraini Alias
Rujukan : Kak Azlita

Bahan - bahan

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis (1 1/2 cawan)
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - merah,kuning,biru,hijau,oren(kuning +merah),ungu(merah+biru)

tips : untuk mendapatkan ungu yg cantik..titiskan pewarna merah dahulu baru disusuli dgn pewarna biru..maknanya kita mudah mengawal warna supaya tidak menjadi warna ugu yg lebam dan kehitaman.

Cara-cara :-

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

 5layer sahaja red,orange,yellow,green & blue :)

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, 
masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung


Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.


Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.

Untuk cream cheese frosting blh klik di SINI..mama gandakan adunan frosting tersebut utk sebiji Rainbow Cake bersaiz 8".

With L.O.V.E 
~~MamAdaM~~

Sunday, November 4, 2012

Yesterday was my birthday

Nothing special..only tears in my eyes..n pray for someone that can wipe it away..but there is only me n my self..

I dont know what happen inside my heart..thought that i think..the memory that spining in my head..really make me feel so down..i'm powerless rite now..how bad it is??its my birthday..cheer up plz..

If you really care..really understand..why you do this to me??why you make me cry on my birthday??yes you can at least not on this day..or i'm the one that make mistake??i'm crying in the middle of the nite alone..crying for something that i'm not sure..always cry for nothing..stupid of me..such a loser..huwaaaa

4thnovember plz go away n never come again..even 27 sweet memories can be destroy with 1 bad memory..so plz i dont want to see u again..

For the last time..happy birthday to my self..and i hope that i can forget about today..aminnn



Friday, September 28, 2012

. : Majlis Perpisahan : .

Salam semua..


Mama nak update back dated entry..sebenarnya bkn la majlis besar tp mama n en.hubbie menjemput sahabat kami Kak Yus & family utk  makan mlm sama2 sempena beliau dan keluarga nak pulang ke Malaysia..alhamdulillah dh selamat smpi pun ke Malaysia setelah bertahun2 di Sydney..bila la giliran kami pula yer..huhu perjalanan masih jauh...dah alang2 buat mkn2 kami menjemput sekali Nor & Family utk turut serta..meriah sgt2..tp mama masak ala kadar je..sate ayam & kuah kacang, nasi lemak-sambal tumis-ayam goreng, muffin coklat (resepi xnk share sdp xberapa nak sedap ditekak mama) dan pencuci mulut buah strawberry (konon2 nk celup coklat tp xsempat) huhu..

Walaupun dlm masa yg singkat tp seronok sgt dpt berkumpul ramai..insyaallah pnjg umur kita jmpa di Malaysia pula yer :) Terima kasih sgt2 sbb byk membantu mama n family masa kami mula2 smpi..tlg ambil kami di airport..tukang tunjuk jln n tempat kat sini..seronok sgt dpt kenal ngn family yg baik ni :) #terasa sgt kehilangan lg en.hubbie sbb kawan baiknya dh balik#

Nota jejariruncing : Adam Yusuf asyik sebut "Adam nk kwn ngn sape???Afiq dh blk msia" huhu..sian anak mama..

With L.O.V.E
~~MamAdaM~~

Thursday, September 27, 2012

. : Adam Yusuf VS Kek Spiderman : .

Salam semua..

Alahai mood dah sampi cuma belum berkesempatan nk menghadap lappy ni..alhamdulillah Si Merah Hati ni dh ok..yesterday staff DELL dtg untk baiki..appointment pukul 11am-1pm tup pukul 10.30am dh tercegat dpn pinyu..GOOD JOB..dtg x cek apa pun..trs je gantikan keyboardb lappy dgn yg baru..xsia2 en.hubbie bayar lebih utk HOME SERVICE masa beli lappy ni :)

Jadi hari ni mama nak cerita pasal Adam Yusuf..adoii pening kepala mama dgn ank yg sorg ni..mendesak smpi xcukup nafas dibuatnya..macam ni ceritanya..mama ni dok survey2 birthday party theme SPIDERMAN..insyaallah balik nnt nk buat majlis kecil2 utk anak teruna tu..kebetulan balik bercuti nnt hari lahir dia..bila dia dh ternampak gambar2 spiderman..kek la,cookies la..trs didesak mama buat kek spiderman..mmg dok pns telinga bgn pg2 dh paksa mama buat..huhu nak xnk smlm buatkan jgk la..


Mama buat NEW YORK CHEESECAKE resepinya DISINI...xda makna mama nk conteng2 kek yg suci murni tu.hehe mama just print kan cupcake topper 2-3 keping pastu cucuk je kat kek..sukanya dia senyum smpi belakang telinga...tgk la pic Adam Yusuf tu :)


Nota jejariruncing : Puas hati bila tgk anak2 gembira..serius bukan sesuatu yg blh dibuat2 tp mmg ikhlas dari hati..HATI SEORANG MAMA..marah,geram ngn anak2 tp bila tgk muka anak2 lebur hati ni sesejuk2nya..I'am not perfect MOM but trying my hard to be damn good mom for them <3<3

With L.O.V.E
~~MamAdaM~~

Tuesday, September 18, 2012

. : Sydney : Shopping Raya Part 1 : .

ENTRI LAMA DALAM DRAFT BARU PUBLISHED

Salam Ramadhan terakhir bg tahun 2012 :)

Alhamdulillah sempat jgk sampai baju ank2 mama smlm..lepas sahur buka e-mail tgk Pumpkin Patch dah bg tracking number utk check dgn DHL..mungkin akan sampai ptg smlm..tup2 pagi2 lg staff DHL dah ketuk pintu hantar parcel...yeayyyyy


Yang paling excited tentulah Adam Yusuf..xsempat2 nak buka plastik..kalau kat malaysia tu mmg selalu online shopping..tp kat sydney ni br 1st time shopping online sendiri :) bkn apa xmau mula kan nnt gian..berhantu tau kalo shopping online ni..hehehe

Malas nak celoteh panjang2 esok dah nak raya..jadi ini sajalah shopping raya utk tahun ni..alahai bkn dpt jalan kemana pn..ntah mana la nk tuju raya nnt..tahun lps raya kedua kami beraya di Opera House,Sydney..tahun ni mcm nk g jalan tp mcm pnt..alahai bdn cpt la pulih mcm biasa..kesian ank2 kebosanan kat rumah..hishhh panjang jgk ceritanya..dh la jom layan tema warna tahun ni :)


1. Baju Aqil Hanafi
2. Baju Adam Yusuf

Baju Ainul Jannah



1. Seluar Jeans Adam Yusuf & Aqil Hanafi
2. Seluar Jeans Ainul Jannah



Mak aii kalo convert kompem rasa macam tercekik jap totalnya..tapi kan semua  item ni ada less..ada yg 50% harga  asal sebenarnya total x 2 = ???? sekali shopping habis gitu mau bankrap maa..idok ler mama ni selalu belanja gitu..mau kena cop "perempuan kaki kikis" tp kikis utk anak2 dimaafkan kot..mama pki baju kat Kmart je harga $8...hehehe

With L.O.V.E
~~MamAdaM~~

. : Kuih Kasturi : .


Salam semua..

Langkah pertama..nak kasi panas enjin..ok kali ni mama nak kongsi resepi KUIH KASTURI dari blogger cooking & baking terkenal Hasue...mama buat kuih ini untuk juadah bulan puasa hari tu..punya la peram..hadoiii dah basi bak kata CMG..huhu apa pun tetap nak kongsi di sini..buat yg tau xkisah la tp buat yg xtau blh la di cuba buat juadah sarapan pagi atau mnm ptg kan..jom kita intai resepi yg mama C&P dari blog Hasue :) terima kasih buat Hasue yg sudi berkongsi resepi dan tips..moga ilmu ini memdapat kebekatan dari-Nya...aminn


RESEPI KUIH KASTURI
Resepi : HaSue@sue-hasue.blogspot.com
 
Inti Kacang Hijau
Bahan2:

  • 1 cawan kacang hijau
  • 3/4 atau 1 cawan gula pasir(kemanisan bergantung kepada selera masing2)
  • 1 sudu kecil garam
  • Air secukupnya untuk merebus kacang
Cara2 membuatnya:
  1. Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika,rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk.
  2. Apabila air rebusan hampir kering,tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga benar2 kering(sila kacau selalu apabila hampir kering tu untuk mengelakkan berkerak atau hangus)
  3. Setelah benar2 kering,barulah masukkan gula dan garam tadi. Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair tu..Biarkan renih dan kering lagi sekali..kacau sekali sekala dan pastikan guna api sederhana.
  4. Apabila sudah mula kering,perlahankan api..dan kacau sentiasa.
  5. untuk memastikan inti sudah masak-kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap dari inti atau tiada renihan lagi walaupun api masih terpasang..memang senyap je(takde plup2 dah kat adunan inti tu..haha..bahasa apa aku guna nih),dah siap laa tu..harap faham laa maksudnya ni..hehe
  6. Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk..
Kuih Kasturi / Kuih rengas / Kuih Kacang Hijau
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
  • Inti kacang hijau secukupnya(rujuk cara membuatnya di atas)-Bentukkan bulat2 sebesar bola pingpong dan leper2kan sedikit.. *sila rujuk di SINI
Tips dari Hasue : Inti yang sudah dibentuk supaya senang untuk digoreng..inti ini juga tahan disimpan dalam peti sejuk dan sedia saja untuk digunakan..jadi jimat masa kan.

Bahan2 membuat adunan tepung/batter:
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/3 sudu mkn marjerin
  • 1 sudu kecil garam
  • secubit gula
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit pewarna kuning
  • Minyak secukupnya untun menggoreng-lebih kurang 2 cawan
Cara2:
  1. Dalam bekas,campurkan tepung,marjerin,garam,gula. Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning
  2. Panaskan minyak dalam kuali,celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.
  3. Kuih yang sudah dicelup pada adunan tepung dan sedia untuk digoreng di dalam minyak yang sudah dipanaskan..sudah nampak kuning keemasan angkat dan toskan..
  4.  Sedia dihidang :) SELAMAT MENCUBA..





With L.O.V.E
~~MamAdaM~~