Followers

Monday, November 19, 2012

. : Order : Rainbow Cake Alisha : .

Salam November..

Alhamdulillah rezeki hujung tahun..diberi peluang untuk buat Birthday Cake for Alisha yg cute :) mula2 tu risau jgk..tapi syukur sgt dpt siapkan pada waktu yg tepat even xpuas hati sbb topping xkemas..semua gara-gara Ainul Jannah yg moody..huhu cabaran nk buat kek xda pun..tp cabaran dari si kecik tu mmg mencabar sungguh..hehe buat Alisha :-

Selamat Hari Lahir yg Ke-2 buat Alisha...semoga awak membesar menjadi anak yg solehah buat mama n papa..menjadi anak yg bijak n comel :)

Jadi mama nk update resepi Rainbow Cake yg mama ambil dari dapur Kak Azlita..sedap sgt..2kali mama cuba..yelah nak ambil order mesti cuba dulu kn :) jom mama kongsi resepi..minta izin kongsi ilmu yer Kak Ita..moga murah rezeki Kak Ita sekeluarga..aminn mama pernah cuba resepi lain boleh tgk SINI.


RAINBOW CAKE
Resepi Asal : Zuraini Alias
Rujukan : Kak Azlita

Bahan - bahan

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis (1 1/2 cawan)
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - merah,kuning,biru,hijau,oren(kuning +merah),ungu(merah+biru)

tips : untuk mendapatkan ungu yg cantik..titiskan pewarna merah dahulu baru disusuli dgn pewarna biru..maknanya kita mudah mengawal warna supaya tidak menjadi warna ugu yg lebam dan kehitaman.

Cara-cara :-

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

 5layer sahaja red,orange,yellow,green & blue :)

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, 
masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung


Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.


Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.

Untuk cream cheese frosting blh klik di SINI..mama gandakan adunan frosting tersebut utk sebiji Rainbow Cake bersaiz 8".

With L.O.V.E 
~~MamAdaM~~

6 comments:

  1. This info is invaluable. Where can I find out more?


    my weblog - 2013 at 3:19 AM

    ReplyDelete
  2. Just desire to say your article is as surprising.
    The clearness in your post is simply cool and i can assume
    you're an expert on this subject. Well with your permission allow me to grab your feed to keep updated with forthcoming post. Thanks a million and please keep up the rewarding work.

    Have a look at my web page; Gucci Sito Ufficiale

    ReplyDelete
  3. Just wish to say your article is as astonishing.

    The clarity for your submit is just great and i could think you're knowledgeable in this subject. Well along with your permission allow me to grab your RSS feed to stay up to date with imminent post. Thanks one million and please carry on the gratifying work.

    Here is my homepage; Gucci Scarpe

    ReplyDelete
  4. Wow, that's what I was seeking for, what a stuff! existing here at this blog, thanks admin of this website.

    my webpage :: Cheap Louis Vuitton Handbags

    ReplyDelete