Followers

Thursday, June 7, 2012

. : BF : Bahaya Air Kosong & Madu Kepada Bayi : .

NIP- Nursing In Public

By Ainazatulirqinazidah Rainbow Cake Marsmallow, Nurulhuda Md Sariff and 7 others in Kump. Ibu2 Menyusukan

Informasi bermanfaat utk di war-warkan kpd mommies. Mungkin masih ramai mommies yg kurang pasti tentang bahaya dan keburukan memberi AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan. Antara keburukannya adalah:

MERENCATKAN

Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.*Air masak tidak mengandungi apa khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*...kadang kala ibu2  rsu bayi akan sembelit..akan tetapi tidak kita ketahui susu ibu itu sempurna..ia akan mencair ketika cuaca pns utk menghilangkan dahaga bayi (akn lebih air dari lemak) dan akan memekat ketika cuaca sejuk utk mengenyangkan bayi (lebih lemak dari air)

PENCEMARAN

Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*

MENGHAKIS

Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.*Susu ibu build ups protection in baby’s stomach. That’s why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*

JAUNDIS/DEMAM KUNING

Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak (konon-kononnye untuk meredakan jaundis) boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.*Ramai yg bagi petua kat saya semasa preggy dulu, kalau nak avoid anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama sekali.



**********Ubat jaundis ada DUA shj –> SUSU IBU & PHOTOTHERAPY! Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*

Semoga kita semua menjadi parents yg prihatin! =)

Sumber dari : Buku “Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya”

====================================================

Bayi tidak perlu makanan, minuman selain susu ibu

APABILA memperkatakan khasiat dan kebaikan penyusuan susu ibu, ramai yang sudah mengetahui dan mengakui kebaikannya. Malah, beberapa kajian yang dibuat di seluruh dunia mendapati, kandungan khasiat susu ibu tidak setanding dengan mana-mana susu yang ada di pasaran.

Walaupun syarikat pengeluar susu formula dari semasa ke semasa cuba menambahkan pelbagai rumusan dalam susu yang dihasilkan, khasiatnya masih tidak dapat mengatasi susu ibu. Kandungan semula jadi antibodi dalam susu ibu yang boleh mencegah penyakit seperti selesema, batuk, lelah dan cirit- birit pada bayi ternyata, tidak mampu dicipta hingga ke hari ini.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Wan Hamilton Wan Hasan, berkata wanita yang baru bersalin jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu ibu tidak mencukupi untuk bayi. Jika seseorang wanita itu berupaya melahirkan seorang bayi ke dunia ini sudah pasti ibu berkenaan mampu memberikannya susu terbaik, iaitu susu badan sendiri yang dianugerahkan semula jadi kepada ibu baru bersalin.

Dr Wan Hamilton berkata, sebaik-baiknya jangan berikan bayi susu botol tambahan atau air masak. Bayi tidak perlu diberikan makanan atau minuman lain kecuali susu ibu hingga berusia di antara empat hingga enam bulan.

Katanya, selain mengandungi antibodi, susu ibu juga banyak kelebihan lain. Antaranya ialah mengurangkan risiko barah payudara dan ovari, membantu mengecutkan rahim serta mempercepatkan pemulihan selepas bersalin. Di samping, mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan.

Kata Dr Wan Hamilton, amalan penyusuan susu pada bayi juga satu kaedah terbaik untuk merancang keluarga. Penyusuan susu ibu sepenuhnya dalam tempoh empat hingga enam bulan pertama akan melewatkan kedatangan haid dan sekali gus boleh menjarakkan kehamilan.

"Malah, penyusuan susu ibu paling baik bagi membantu wanita melangsingkan badan semula selepas bersalin. Kebanyakan wanita sukar mengembalikan potongan badan bentuk asal selepas bersalin kerana ketika mengandung, berat badan akan naik sedikit. Tetapi, selepas bersalin kandungan lemak yang tertinggal di antara 200 gram hingga 300 gram akan dibakar dengan cara menyusukan anak," katanya ketika berceramah pada forum awam sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Forum awam itu anjuran Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia dengan kerjasama Puspanita HKL dan Persatuan Wanita Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Cheras.

Dr Wan Hamilton yang membincangkan mengenai Faedah Susu Ibu dan Kehidupan Kanak-Kanak, berkata selain itu penyusuan susu ibu adalah mudah. Ia boleh dilakukan di mana-mana saja, pada bila-bila masa dan tidak memerlukan penyediaan. Di samping, menjimatkan kerana keluarga tidak perlu membeli susu formula dan peralatan penyusuan.

Katanya, dakapan hari pertama menyusukan anak adalah waktu yang amat penting. Payudara mungkin belum dipenuhi susu tetapi susu awal ibu yang pekat dan berwarna kekuningan ini sangat elok diberikan kepada bayi. Walaupun tidak banyak, kandungan zat yang tinggi dalam susu awal ibu sudah cukup untuk bayi yang kali pertama menikmati hisapan payudara ibunya.

"Susu ini dinamakan kolestrum dan kaya dengan protein serta antibodi yang boleh melindungi bayi daripada penyakit. Kolestrum ini sudah cukup untuk mengenyangkan bayi," terang beliau.

Jelasnya lagi, proses pembentukan dan pengeluaran susu ibu adalah hasil tindak balas otak yang mengeluarkan hormon prolactin dan oxytocin apabila hisapan dikenakan pada puting dan tampuk susu (areola).

Kata Dr Wan Hamilton, pengeluaran susu dikawal secara semula jadi oleh hormon itu dan ia bergantung kepada keperluan bayi. Semakin galak bayi menghisap, makin banyak hormon dibebaskan dan lebih hormon bermakna lebih banyak susu terhasil.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, bagi memastikan penyusuan susu ibu berkesan beberapa perkara perlu diberi perhatian antaranya:

* Memastikan kesihatan baik.

* Membuka minda dan sentiasa meningkatkan pengetahuan.

* Pemeriksaan kesihatan ditingkatkan ketika kehamilan.

* Mendapat sokongan suami dan ahli keluarga yang lain.

Katanya, kurang sokongan ahli keluarga menyebabkan ibu muda terutamanya, kurang yakin akan kebolehannya untuk terus menyusukan bayi. Ini antaranya membabitkan kes suami kurang bersetuju kerana berasa seolah-olah terabai apabila isteri memberi tumpuan kepada si kecil. Malah ada juga yang bergantung kepada isteri untuk melakukan tugas rumah.

* Kurang sokongan keluarga akan melunturkan semangat ibu untuk terus menyusukan bayi dan ia berpanjangan kepada anak seterusnya," kata Dr Wan Hamilton.

Selain itu, katanya, bagi pasangan yang kurang mendapat sokongan mentua, penjelasan mengenai kebaikan susu ibu perlu bagi mengelakkan perbalahan dan salah faham.

"Keadaan tegang seumpama itu boleh mempengaruhi kadar pengeluaran susu ibu kerana penyusuan susu ibu berkait rapat dengan aspek emosi. Jika emosi ibu terganggu, kadar pengeluaran susu dan keinginan anak untuk menyusu juga terjejas dan ini menyebabkan penyusuan susu ibu tidak dapat diteruskan," katanya.

Dr Wan Hamilton berkata, dalam keadaan tertentu ada wanita yang tidak boleh menyusukan anaknya, iaitu ibu menghidap HIV dan juga yang menghidapi penyakit barah serta sedang menjalani rawatan. Bagi ibu yang disahkan menghidapi HIV jika menyusukan anak, risikonya adalah tinggi. Bayi berisiko 50 peratus dijangkiti penyakit bahaya itu jika ibu menyusukannya.

Sementara itu, wanita yang menghidapi barah tidak boleh menyusukan anak ketika dalam rawatan kerana dibimbangi bayi akan turut mengalami kesan ubat dan rawatan bagi menyembuhkan penyakit itu. Ini membahayakan kesihatan bayi itu.

Turut berceramah, Mohd Zainuddin Abu Bakar yang membicarakan topik Penyusuan Susu Ibu Dari Sudut Islam, berkata, kemajuan gaya hidup yang dicapai hari ini menyebabkan ada segelintir ibu bapa menafikan hak penyusuan anak mereka.

"Ada ibu bapa beranggapan, amalan penyusuan susu ibu kononnya, tidak moden dan tidak glamour. Justeru, untuk menyesuaikan dengan kemajuan hari ini, mereka memilih susu formula menjadi pengganti susu ibu. Apabila ibu bapa bermain dengan perasaan seumpama itu, ia sekali gus menafikan hak anak itu," tegas Mohd Zainuddin.

Katanya, amalan penyusuan ibu dilihat sesuatu yang penting dalam kehidupan bayi dan ini dibuktikan sejarah zaman Rasulullah. Sebaik saja seseorang bayi itu dilahirkan ke dunia, keluarga atau waris akan mencari ibu susuan untuk bayi berkenaan.

"Keluarga atau waris akan memilih wanita keturunan baik-baik untuk menyusukan bayi yang baru dilahirkan itu. Ini menunjukkan, betapa penting susu semula jadi yang dihasilkan oleh manusia lebih baik daripada haiwan untuk diberikan kepada anak," ujarnya.

Kata Mohd Zainuddin, dalam Islam persoalan memberi susu kepada anak ialah tugas ibu tetapi ia tidak bermakna bapa harus melepaskan semua bebanan itu kepada isteri. Sebaliknya, bapa juga turut bertanggungjawab memberikan makanan yang baik kepada anak baru dilahirkan itu.

"Dalam Islam adalah hak ibu untuk menuntut bayaran daripada ayah (suami) jika diminta menyusukan anak. Bagaimanapun, arahan itu bukan sesuatu yang mutlak dan sebaik-baiknya dipenuhi mengikut kemampuan suami. Dalam hal ini, amat baik jika bapa bertanggungjawab memberi nafkah yang cukup dan memastikan isteri mendapat makanan berkhasiat supaya amalan penyusuan secara semula jadi dapat dilakukan tanpa halangan dan masalah," jelas beliau.

Katanya, jika bapa (suami) meninggal, hilang atau tidak dapat dikesan ketika bayi itu dilahirkan, adalah menjadi tanggungjawab waris memberikan nafkah kepada wanita itu bagi memastikan hak penyusuan anak dapat dilaksanakan.

Mohd Zainuddin menambah, sekiranya suami atau isteri hendak memutuskan susu ibu, kedua-duanya mesti berbincang sehingga mencapai persetujuan yang sama.

"Si isteri atau si suami tidak boleh membuat keputusan melulu jika hendak memutuskan susu ibu pada bayi. Sebaliknya, mereka perlu berbincang dan membuat keputusan bersama kerana ia membabitkan masa depan dan kesihatan bayi itu," katanya.

Sumber: Berita Harian - Wed, Aug 28, 2002

By Nor Affizar Ibrahim

============================================================

KENAPA MADU TAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA BABY

By Chilla Jamaludin and Nurul Farah Azih in Kump. Ibu2 Menyusukan · 

Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang

sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat

diberikan kepada bayi yg berusia bawah satu tahun.



Kenapa tidak selamat?

Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium

botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu

“Botulism Bayi”.

Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.



Apa itu “botulism”?

Botulism akan menyerang simtem saraf dan akan menyebabkan mata

kabur,kelopak mata tertutup sedikit(droopy eyelid) dan kesusahan ketika

bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan

muntah2,cirit-birit dan sakit badan.



Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?

Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini.Apabila

madu ini dimakan,ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis

toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak

matang dan menyebabkan “botulism”.



Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”?

Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah

lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur

untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada

umur 1 minggu hingga 11 bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan

diberi bawah umur 1 tahun.



Simtom-simtom:

1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal

symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau

makanan tercemar.

2. Kepenatan (lethargy,weakness)

3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control)

4. pertukaran nada nangis(altered cry)



Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36

jam.Jika muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar kanak2 atau

doktor anda.Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan

berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot

pernafasan



Bagaimana pula dengan orang dewasa?

Jawapannya,madu adalah selamat untuk orang dewasa.Ini adalah kerana

usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin

7 comments:

  1. Replies
    1. hehe simple2 jenk tkr selera jap jd knk2 riang :)

      Delete
  2. Salam kenal.
    Nice info...tq for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan :)
      sharing is caring..lets spread the words dear..
      dr dl mmg tau madu xsesuai utk baby tp bila org pertikaik' kita xde ilmu utk perbetulkan..jd hrp ini membantu :)

      Delete
  3. sy bg ank air madu sjk dr sblm 2 bln lg smpi skg dh 6 bln. alhamdulillah stkt ni ok. stp kali lps minum msti buang air besar. pertumbuhan dan perkembangannya normal. guna madu keluaran naqia corporation ada campuran air zam2 dan za'faran.

    ReplyDelete
  4. Jangan terpedaya dengan agenda yahudi. kebanyakan medical, ubatan semua perlu rujuk US punya standard.

    *mungkin ckp tak habis2 dengan agenda yahudi tapi itu la kenyataan.

    Jika baca pasal madu, itu la penawar terbaik. bahaya spora atau apa2 yang di tulis di atas hanya jika madu itu tak dijaga kebersihan semasa proses ambil and packaging.

    *off topic, arwah mak saya kena kanser dan bila saya cari alternatif jumpa pasal B17. B17 tak dilulus di US sebab kata tak berkesan tapi bila saya call sorang Doc di Alam Megah dia cakap ini agenda US sebab takut industri KIMOTERAPI diorang merudum. sebenarnya selamat dan tak salah mencuba. Pun kimo tak terbukti selamat sepenuhnya.
    more info pasal B17 sila google :D

    last sekali dia pesan, bagi makan habbatus sauda and doa banyak2 mohon pada Allah

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan...info yg sgt berguna.mohon share ye

    ReplyDelete