Menu minum petang smlm..minum petang ke??dh mlm rasenye..huhu xkire la jnji dpt mkn..en.hubbie sibuk mintak pavlova..tapi dok kenang kemanisan melampau tu tu mcm tekenjat nk buat.,..lg2 smlm telor kat umah ni xbrape nk cukup..huhu
Ni adalah kali ke-2 mama buat
Cream Puff..kali pertama mmg xcukup 1adunan..so kali mama terus buat 2 adunan n besarkan sizenye..hehehe nk tepek resepi lagi ke?? ok la mama tepek jgk..resepi ni mama cilok dari dapur
Kak Azlita Masam Manis lagi..hehehe
Resepi CREAM PUFF
Resepi Asal :
Kak Azlita Masam Manis
Bahan-bahan ( 10 biji ):
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)
Cara-cara:
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven
plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana
kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan
nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.Masukkan telur, kemudian kcu
cpt2.
Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti
dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.Tekan bahagian tanduk yang
terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c
selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25
minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven
beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
Cara buat kastard krim :
Bahan-bahan:
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning
Cara-cara :
Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi.
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
Masak sehingga pekat.
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.
Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.(mama gune cara ni mls nk kuar msk microwave)