Sesungguh mama tgh mencari kekuatan nk mengarut kat sini..mencari semangat yg hilang..huhuapepun dimulakan dgn Bismillahirahmannirahim...
Percubaan kedua nmpknye masih belum membuahkan hasil yg sepatutnya..xtau dimana salah dan silapnya..huhu mmg xserasi nmpknye mama dgn resepi yg 1 ni..blh gitu?? Puding Oreo..percubaan bertama menjadi lapisannye tp lembik nk xsedap sbb mama pki jelly perasa strawberry..en.hubbie ckp mcm bau umpan ikan patin..hehe kali rase dh ok,tekstur cantik tp lapisan plak xmenjadi..huhu tp mama tetap nk share resepi yg mama ambil dr dapur Kak Azlita Masam Manis utk tatapan semua :)
Resepi PUDING OREO
Resepi asal : Ros
Sumber : Kak Azlita Masam Manis
1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar)
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan
2 sudu besar serbuk koko
Cara-caraRendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.
Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak, Selamat mencuba.
cara kak ita
Setelah agar2 dan gula larut, ita masukkan susu dalam agar2.
Kalau nak letak koko, kita bancuh dulu dengan sedikit air panas dan tuang sekali dalam agar2.
Serbuk oreo, ita letak dalam acuan.
Kemudian ita tuangkan agar dalam acuan yang dah ada oreo tadi.
No comments:
Post a Comment