Followers

Wednesday, January 4, 2012

. : Nasi Keju & Ayam Masak Merah : .


Selamat  petang semua...

Arini mama nk update resepi yg dh lame mama peram..mood nk menulis betul2 kelaut..huhu tp arini mama gagahkan jgk..sbb dh lame meyepi kn..


Resepi ni mama ambik dr blog Kak Azlita Masam Manis..sbb mama tgh mencube segale resepi beliau plak slps mama godam resepi di blog Hana's Family..hehe..so resepi kali ni ialah Nasi Keju & Ayam Masak Merah..


NASI KEJU
by : Hjh Alijah Abdullah
Rujukan : Kak Azlita Masam Manis

600 gm beras basmathi ~ cuci bersih, rendam selama 10 minit dan toskan
Air mengikut sukatan beras
10 biji bawang merah ~ dihiris
4 ulas bawang putih ~ dihiris
150 gm keju cheddar ~ diparut kasar
2 sudu makan mentega
2 kiub stok ayam
Rempah tumis 4 sekawan ~ kak ita tambah
 

Cara - cara :


Cairkan mentega
Tumis rempah tumis dan bawang merah sehingga layur
Masukkan bawang putih dan tumis lagi hingga naik aromanya
Masukkan stock ayam
Kacau rata dan tuangkan air
kak Ita tambahkan secubit garam
Apabila air mendidih masukkan beras dan masak sehingga nasik tanak
Akhir sekali parutkan keju chedar gan gaul rata
Enak di sajikan dengan sajian daging atau ayam







AYAM MASAK MERAH
By : mamAdam
Sumber : Kak Azlita Masam Manis


Resepi asal adalah Udang Galah Masam Manis..mama gantikan dengan Ayam n tmbh nenas..


1/2 ekor ayam - Goreng terlebih dahulu

1 labu bawang besar - potong baji
1 biji tomato - potong baji
5 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
1/2 cwn air
1 kiub - ikan bilis
garam dan gula secukup rasa.
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
1 pokok daun ketumbar - mayang halus
2 batang serai - dititik

Bahan kisar
3 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah

Cara - cara :

Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga harum. Masukkan air, serai,sos cili, sos tiram, kiub ikan bilis, garam dan gula secukup rasa.
Setelah masak masukkan tomato, bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun ketumbar.
Kemudian masukkan ayam yg telah digoreng dan biar hingga ia masak.
Biar seketika. Siap untuk dihidangkan

1 comment: