Followers

Thursday, July 26, 2012

. : Sydney : Menu Ramadhan Ke-5 : .

Salam Ramadhan..

Hari yg ke-5 berpuasa mama nak update menu utk berbuka puasa yg ke-5..request dari en.hubbie kesayangan hamba :) nak lamb katanya..blh aje xda masalah lgpn mudah je kan..dh beli lamb tp bahan2 utk Sos Lada Hitam pula ada yg kurang..nak tunggu en.hubbie blk lmbt pula nk msk nnt..sbb sos kena buat awal2 dan masa nak dkt berbuka blh tumpu pada lamb yg digrill..grill atas dapur je..hehe ok la tu pn dah sdp..alhamdulillah puas mkn kat Sydney..kalo nk mkn kat luar mau rm20++ sepinggan tu pn mcm nak xnak je hidangannya..huhu ok la xnak celoteh pnjg sbb kerja rumah  belum selesai..huhu tp nak kongsi resepi sos lada hitam yg baru mama cuba smlm dan Kentang Putar..lagipun smlm xsempat langsung nk jenguk ke blog ni..huhu

RESEPI SOS LADA HITAM
Resepi Asal : Kak Ina KL
Sumber : Hana's Family

Bahan-bahan
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 4 - 5 sudu besar lada hitam - kisar halus (mama letak 2sb pn dh pedas)
  • 2 sb. sos tomato (Mama letak 1sb je)
  • 1 sb sos tiram (mama tambah)
  • 2 sb. kicap pekat (mama letak 1sb kicap manis kipas udang)
  • 1 cawan air rebusan ayam/daging/serbuk pati
  • 1 sb. tepung jagung (dibancuh1/2 cawan air ) bersama
  • 2 sb. susu cair (mama letak 3sb susu segar)
  • 1 sb. butter untuk tumis
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-Cara
  1. Panaskan butter dan tumis bawang besar sampai layu.
  2. Masukkan air rebusan/serbuk pati yang dibancuh dengan 1 cawan air.
  3. Masak hingga kuah agak pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan tepung jagung. Kacau dan masak hingga agak pekat sikit.
  4. Masukkan susu cair, kacau rata.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
RESEPI KENTANG PUTAR.
Resepi Asal : Hana's Family

Bahan-bahan
  • 5-6 biji kentang
  • Sedikit cheddar cheese dihiris kecil2 (mama tambah)
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar susu segar
  • sedikit blackpepper
  • garam
Cara-cara
  • Kupas kulit kentang. Potong 4 atau 6. Rebus sehingga empuk. Toskan. Satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu. Ketepikan.
Mama xbuat pun gravy utk kentang putar tapi mama dgn rajin dan baik hatinya C&P resepi utk sahabat2 mama yg ingin mencuba :)

RESEPI GRAVY@SOS KENTANG PUTAR
Sumber : daunpandan@myresipi.com

Bahan-bahan
  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum- bancuh dgn sedikit air
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat
  • garam- hana tak letak sbb dah masin
Cara-cara
  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan semula air rebusan ke dalam periuk. Masukkan butter, sos tomato, kicap (bergantung kehitaman yang dikendaki) dan sos tiram. Kacau sebati.Kemudian masukkan blackpepper.
  3. Masukkan garam jika perlu.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
  4. Kecilkan api, bancuh tepung dengan sedikit air, kemudian tapis utk mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
  5. Curahkan ke atas kentang putar.
Ok selesai sudah..selamat mencuba dan selamat menjalani ibadah puasa :)

 
With L.O.V.E
<3<3MaMaDaM<3<3

2 comments:

  1. yuhuu.. mama natt, nanti i nak try la.. kena tunggu masa weekend!

    ReplyDelete
    Replies
    1. try tau..nnt update kat blog ke fb ke..nk tgk :) seronok dpt kongsi resepi :)

      Delete