Followers

Sunday, January 22, 2012

. : Pesamah Daging Rusa : .

Pertama sekali mama nak minta maaf sbb mmg xde resepi utk Rendang Daging Rusa ni..mula2 mama dh merangka nk masak resepi seperti tajuk di atas..tp en.hubbie soh mama buat rendang instant je sbb xnk mama terkejar2 msk..ok la saya hanya menurut perintah..hehehe 

Apepun mama nk kongsi resepi di atas iaitu Pesamah Daging Rusa dari blog CikMin insyaallah ade rezeki mmg mama nk sgt cuba resepi ni..mencari 1 kelainan selera dengan mencuba segale resepi yg berbeza :) jom kita intai resepi..kiranye gambar tu hanya sebagai hiasan semata la kn..hehehe


Resepi Pesamah Daging
Resepi Asal :  CikMin

Bahan-bahan:
1 kg Daging (cikmin guna daging rusa)
2 paket kecil rempah kari daging
4 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 sm halia*
3 sudu kerisik
1 biji kelapa-diambil santan
Garam
Gula
Air
Minyak untuk menumis

Bahan bertanda* dikisar dan dibahagi dua

Cara-caranya:
1.Perapkan daging yang sudah dibersihkan dengan rempah kari dan bahan yang telah dikisar untuk seketika.
2.Tumis baki bahan kisar didalam kuali.
3.Masukkan daging dan sedikit air,biarkan sehingga mendidih dan daging menjadi empuk.
4.Masukkan santan kacau seketika kemudian masukkan kerisik,garam dan gula secukupnya.
5.Masak sehingga kuahnya menjadi sedikit pekat.
6.Siap untuk dihidangkan bersama nasi,pulut atau roti jala.

No comments:

Post a Comment