Followers

Sunday, January 22, 2012

. : Roti Canai & Kuah Dhal : .

Salam sejahtera..alahai lame betul xbersiaran..mood kelaut ckit mggu lps..dari mood nk mengemas rumah smpi la mood nk memasak semua swing jadinya..akan tetapiiiii..ujung mggu mama tetap kuatkan semangat mencari idea nk mengisi perut family tersayang :) 

Sabtu lps en.hubbie keje pagi..so dh bgn subuh mmg xtdo blk..berkemas,basuh baju,sidai kain n dll..huhu sedar xsedar dh dkt pkl 10pg..mane nk perasan sbb cuace mendung n rase cam awl je lg..ptt la perut dok kriuk2..hehehe mula2 nk buat kari rusa atas permintaan en.hubbie nk mkn ngn roti canai katenya..pastu tgk santan pulak xde..so godek2 kat dpr jmpe kacang dhal..xrendam xpe..mama trs rebus smpi kembang..mmg mkn mase..sudahnye mkn roti canai dgn kuah dhal..apepun sedap..en.hubbie ckp blh buat niage..alhamdulillah :) 

P/S : Mama pki roti canai instant tp mama akn share resepi roti canai yg mama ambil dr blog masakan Kak Azlita Masam Manis..mohon izin berkongsi ye kak..moga ade rezeki mama mencuba nnt :)

ROTI PRATA / ROTI CANAI
Resepi Asal: Suhaina
Sumber : Kak Azlita Masam Manis


Bahan -bahan :

3 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
secubit baking soda
3/4 cawan olive oil atau minyak sapi bahagikan kepada 1/4 + 1/2


Cara -cara :
  1. Satukan tepung, gula garam dan baking soda dalam satu mangkuk yang besar
  2. Dalam mangkuk yang lain pukul telur dan susu segar ~ kocok aje
  3. Buatkan satu lubang di tengah2 tepung
  4. Tuangkan telur dan susu tadi ke dalam lubang
  5. Gaul rata perlahan2 sehingga menjadi doh
  6. Tambahkan 1/4 minyak dan uli rata selama 8 - 10 minit
  7. Salutkan doh dengan 1/4 minyak lagi pada seluruh permukaan doh dan tutup doh dengan tuala yang lembab
  8. Rehatkan doh selama 2 ~ 4 jam
  9. Basahkan tangan dengan baki minyak dan bahagikan doh kepada  12 bahagian yang sama besar berbentuk bebola kecil
  10. Sapukan minyak minyak pada papan canai
  11. Selepas tu bolehlah di goreng atas kuali leper
  12. Renjiksan sedikt aje minyak dan balik2kan roti
  13. Sedia di nikmati bersama kuah kari, dal atau sambal tumis.


Resepi Kuah Dhal
Resepi Asal : mamAdam

Bahan-bahan :

1cawan kacang dhal (rendam semalaman)
1biji bawang besar *
2ulas bawng putih *
1cm halia *
1batang lobak merah (dihiris tebal)
1biji kentang (didadu besar)
Bunga Kobis (optional)
Dada ayam (didadu kecil)(optianal)
1/2 sudu teh halba campur #
1 kuntum bunga lawang #
3 kuntum bunga cengkih #
1kiub stok ayam
garam secukup rasa

Cara - Cara :
  1. Rebus kacang dhal sehingga empuk. tumbuk semua bahan betanda * . dlm kuali lain tumiskan  bahan bertanda # sehingga naik bau dan masukk' bahan yg telah ditumbuk. setelah bahan2 yg ditumis agak garing dan naik bau..masukkan tumisan terbut kedalam rebusan kacang dhal.
  2. Masukkan dada ayam dan kiub stok ayam biar sehingga masak. kemudian masukkan lobak merah,bunga kobis dan kentang..biarkan mendidih sehingga msk dan kuah kelihatan pekat.
  3. Setelah agak2 masak br masukkan garam dan gula jika perlu..
  4. Sedia dimakan bersama roti canai :)


SELAMAT MENCUBA :)



No comments:

Post a Comment