Followers

Tuesday, January 17, 2012

. : SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE : .

Selamat petang semua..

Ni la baru blh dipanggil "Projek Bidan Terjun"..
Sumer ni godaan dr  besan mama Ummi Catherinne Qader..
Padahal dh lama usha dr blog Ibu Darwisy & Tina Othman :)
Bila d'tag oleh besan kart..trs mama print resepi n msk dpr..
Itupun sbb line tgh clear ank2 dh tgh tdo sumer..

Tapiiiii... ade tapi tu...
Resepi ni mama byk derhaka..
Sori Tuan Empunya Resepi..
Bkn sengaje tp bhn xbrape nk cukup..
Apepun tetap sedap :)





SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
BAHAN-BAHAN :

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
 
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco - cath guna chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon - cath guna lemon

 
  
Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega.
2. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
3. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar.
4. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang.
5. Kemudian dikacau rata-rata.Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco.
6. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
7. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
8. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
9. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran


SELAMAT MENCUBA :)






4 comments:

  1. smua bhannya ada kat dpur sya...tp "M" ada bnyk besar skit hri nie......hehe...wat ever pun..nmpk sdap tu...

    ReplyDelete
  2. Asyiffa Mustaffa : kalo hurur "M" tu bsr mmg ssh la ckit..tp buat kek mmg xambk ms yg lame pn..

    ReplyDelete
  3. Assala, topping putih tu guna apa ye?

    ReplyDelete
  4. Lun : tu cream cheese+icing sugar+butter..

    ReplyDelete