Followers

Wednesday, May 9, 2012

. : Muffin Chocolate Chips : .


Salam semua..

Lambat bersiaran hari ni..letih badan kurang air sbb td mengganti puasa..Alhamdulillah usai dah 2hari tp ada 23hari lg perlu diganti..xpa la demi ank2..Allah lebih mengetahui :)

Apa pun mama nak senyum dulu :) sbb resepi yg akan mama kongsi kali ni dari blog masakan kegemaran mama dari dulu, kini dan selamanya..huhu Hana's Family yg dah kembali berblogging :) dan respi kali ni ialah Muffin Chocolate Chips..minta izin kongsi disin yer hana..moga ilmu menjadi lebih dan mohon Allah murahkan rezeki tuan punya resepi ..aminn




RESEPI MUFFIN CHOCOLATE CHIPS
Resepi asal : nurul ain
Sumber :  Hana's Family

 Bahan-bahan : 

1 3/4 cawan tepung naik sendiri*
1 cawan gula kastor*
1/4 cawan serbuk koko*
1/2 sudu kecil garam halus*
1 cawan susu segar
1 biji telur(dipukul sikit)
1/3 cawan minyak
1 sudu kecil esen vanila
1sk baking powder - hana tambah
3/4 cawan choc chips



Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 200darjah celcius. Sediakan mangkuk muffin ke dalam tray.
  • Dalam mangkuk besar satukan bahan bertanda * dan gaul sebati.
  • Buat lubang tengah, masukkan bahan lain.Kacau guna senduk kayu secara kaup balik sekadar sebati sahaja. 
  • Tuang dalam bekas muffin 3/4 penuh.Bakar 20 min, suhu oven 200 degree celcius pada 15minit pertama dan turunkan suhu 180 utk minit seterusnya sehingga muffin masak.
  • Sejukkan dan hidang.






No comments:

Post a Comment