Followers

Tuesday, July 24, 2012

. : Sydney : Menu Ramadhan Ketiga : .

Salam Ramadhan..

3hari dh berlalu..cepat sgt rasanya..semakin hari semakin jauh Ramadhan meninggalkan kita.."sesungguhnya beribadatlah kamu seperti kamu ingin mati esok hari" sempena bulan mulia ini mari kita sama2 menambah amal ibadah dan sedekah jariah semoga mendapat barakah(keberkatan)..

Saja je nak update blog mama ni dgn menu berbuka puasa..hehe mesti ramai yg akan search dgn keyword menu berbuka puasa :)jadi menu semalam ialah Sotong Goreng Tepung (request byen.hubbie), Paprik Udang (tekak mama) & Tom Yam Ayam+Lamb (untuk anak2)..mmg xpedas pun..masa bulan puasa ni perut kena jaga betul2 kalo terlebih mkn pedas silap2 haribulan terpaksa cuti puasa kan :)


 RESEPI PAPRIK UDANG
Resepi Asal : Hana's Family

Bahan-bahan
  • 500g udang segar
  • 4 ulas bwg merah - hiris bulat
  • 2 ulas bwg putih - dicincang
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik(mama guna yg dh siap kisar
  • beberapa helai daun limau purut
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk *hana ketuk jugak!(mama xletak)
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa
Cara-cara
  1. Panaskan kuali.
  2. Tumis bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis serta udang. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG
Resepi Asal : MamAdaM

Bahan-bahan :
  • Sotong (dihiris sederhana)
  • Tepung kentucky
  • tepung jagung
  • 2biji telor (dikocok)
  • Sedikit garam dan lada hitam kisar 
  • Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara :
  •  Sadurkan sotong yg telah siap dibersih dan dipotong dengan tepung jagung.
  • kemudian celup kedalam telur yg telah dikocok dan di campur dgn lada hitam kisar dan garam secukup rasa.
  • Akhirnya baru disadur dgn tepung kentucky dan goreng dlm minyak yg panas dgn kaedah deepfry..
  • Angkat setelah nmpk tepung warna keemasan..



With L.O.V.E <3<3MaMaDaM<3<3

2 comments:

  1. sedapnya juadah berbuka mama..
    farah petang ni baru nak buat tomyam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq farah :) hehe pening dok rancang menu utk selera 5 org ni..huhu

      Delete