Followers

Saturday, August 4, 2012

. : Sydney : Dessert 10Ramadhan : .

Salam Ramadhan..

Mood creamcheese..huhu tu pn ada seketul lg..nanti kau esok mama kerja kan..hihi sebenarnya hajat asal nk buat Tiramisu..yup AGAINNNN..tp en.hubbie terlupa pula nk beli biskut lady finger..jadi tukar plan..CHEESEcake BLUEBERRY in da house :) mama belasah je guna biskut HupSeng buat based..sedap jugak :) mama guna mini springform pan cake size 10cm x 3biji..jadi 2biji mama buat blueberry 1biji oreo..alhamdulillah cubaan pertama walaupun sedap tp xsempurna dan mama sgt2 xpuas hati..boleh tgk kat entri INI..tp kali ni dpt pujian dari en.hubbie "lg sedap dari SECRET RECIPE"...kembang mama sat..huhu


RESEPI BLUEBERRY CHEESECAKE
Resepi Asal : Arin Oshin
 
250 gm krim cheese (jenama Philadelphia)
1 cawan gula halus
3 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
1 cup plain yogurt
1 cawan Biskut tiger/biskut merry yang dihancurkan
(mama guna biskut hupseng & oreo tapi buang krim tengah)
3 sudu besar mentega
jem blueberry


Cara - cara :
1. Pukul krim cheese dengan gula dan plain yogurt sampai gebu
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi, masukkan esen vanila
3. Masukkan tepung tadi dan pukul lagi.
 
Cara Buat Kerak/Crust: 
1. Cairkan mentega dan bila sejuk sikit, gaul dengan biskut tiger/ biskut merry hingga boleh kepal.
2. Padatkan dalam acuan dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 5-10 minit.
3. Keluarkan dan tuang aduan cheese tadi.
 
Teknik membakar kek :
Bakar dengan cara waterbath iaitu tuang air panas dalam satu bekas, letak acuan yang ada cheese tadi dalam bekas berisi air dan bakar selama 50- 60 minit.(blh rujuk pada video diatas kalo xphm)
Tip: nak elak bahagian kek merekah, tutup atas kek tu dengan aluminum foil.
Bila dah siap, simpan dalam peti sejuk, cheese kek ni sedap dimakan sejuk2. Hiaskan dengan toping blueberry jem tadi.Sedia dihidang.

With L.O.V.E
~~mamAdam~~

No comments:

Post a Comment