Followers

Saturday, August 4, 2012

. : Sydney : Menu Ramadhan Ke-14 : .

Salam Ramadhan..

Hampir separuh perjalanan ibadah puasa kita dh lalui..alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yg baik utk menempuh dugaan puasa..cuma kebelakangan ni semakin keletihan..moga tetap diberi kekuatan meneruskan ibadah puasa sehingga habis..aminn..hari ini mama nak move forward ckit update terus menu ke-14 puasa..semalam tanya en.hubbie nak berbuka apa..tup2 Chicken Chop yg keluar..ok la tu sbb..sebenarnya dah berbulan2 mama berhutang entri ni dgn seseorg yg mama rindu sgt2 iaitu kakak saudara mama Shira Purnama..ampun ye kak ya :) Menunya ialah Chicken Chop & Sos Lada Hitam dan semestinya dari dapur Hana's Family..terima kasih yer hana sudi kongsi resepi yg sedap2..moga dimurahkan rezeki buat hana sekeluarga..mama mohon izin kongsi disini :)

 RESEPI CHICKEN CHOP
Resepi asal : Hana's Family
Diolah semula : Mamadam

Bahan - bahan :-
  • 2-3 keping isi ikan yang tiada tulang 
  • (mama ganti dgn boneless chicken)
  • sedikit lada sulah@blackpepper
  • sedikit garam
  • Untuk Saduran:
  • 1 biji telur - dikocok
  • tepung jagung @ katakuriko
  • breadcrumbs secukupnyer
Cara-cara
  • Lumur ikan (ayam) dengan garam dan serbuk lada sulah@blackpepper. 
  • Bedak2kan dengan tepung. 
  • Celup ke dalam telur dan sadurkan pula dengan breadcrumbs.
  •  Jika ingin saduran yg agak tebal ulangi proses lumur telur dan breadcrumbs.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan dan masak. Angkat dan toskan.
RESEPI BREADCRUMBS
Resepi Asal : Mamadam

Bahan-bahan :-
  • 2-3 keping roti sandwich (elakkan guna roti gardenia)
  • Butter secukupnya
Cara -cara :-
  • Panaskan oven pada suhu 200c selama 10minit.
  • Cairkan butter dan sapu pada roti.
  • Bakar roti selamar 15-20minit sehingga roti keras seperti biskut dan keperangan..jgn gelap sgt nnt bila disadur pd ayam dan digoreng ia akn jgn sedikit gelap..
  • Sejukk' roti yg telah dibakar dan dan kisar menggunakan pengisar kering sehingga hancur..jgn terlalu kasar dan terlalu halus..
  • Sedia di gunakan :)
Untuk Resepi Sos Lada Hitam 
 Boleh dihidang dgn Fun-fries,coslow salad dan baked bean.

Selamat Mencuba :)
 

With L.O.V.E
~~mamAdam~~

No comments:

Post a Comment