Followers

Thursday, August 2, 2012

. : Sydney : Dessert 7Ramadhan : .

Salam Ramadhan..

Apa khaba semua..lama betul xdapat bersantai dan mengupdate di blog..tuntutan masa yg mama rasa mcm xcukup je 24jam sehari..apakah??hihi mama rasa je tp xnak la sehari lebih dr 24jam..xsggp nak menghadap kerenah anak2 yg boleh buat mama pengsan 17kali sehari..huhu

Jadi hari ni mama nak update la tentang dessert yg mama buat utk iftar puasa ke-7..nyaman je rasa..hehe mmg mama mkn puas2 sbb dh lama sgt mengidam..huhu dan en.hubbie yg xsuka pn blh mkn dan komen sdp..sbb dia selalunya kalo dia mkn mesti bau hanyir telur yg kuat..tu yg lama2 xsuka..huhu

Jom mama kongsi resepi PUDING CARAMEL yg popular bila menjelang bulan puasa :) semestinya resepi dari dapur Hana's Family yg sentiasa menambat selera mama dan keluarga :) betul ckp hana "bulan puasa ni jumlah visitor di blog beliau makin meningkat mencecah 2x ganda" salah seorg yg xpernah jemu untuk berkunjung ialah mama..hana antara sumber inspirasi mama dlm dunia masakan:)



RESEPI PUDING KARAMEL
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

  • 5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
  • satu tin susu cair (400ml)
  • 150ml air biasa
  • 4 sudu besar gula
  • 1sk esen vanilla
Karamel:
  • 5 sb gula
  • 2 sb air
Cara-cara
  • Sediakan karamel@gula hangus - masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
  • Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan. dan tuang ke dalam loyang karamel.
  • Kukus selama 45min atau sehingga masak. Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie (letak air di dalam loyang) Tutup loyang puding dgn aluminium foil dan masak selama 45-50min dgn suhu 180.
  • Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
Senangkan???apalagi jom la cuba petang ni :) tips dari hana xperlu pukul lebih2 hanya kacau sebati je..akibat terlebih pukul tu yg bersarang2 puding mama..hihi

With L.O.V.E

2 comments:

  1. ISHH LAMA DAH TAK WAT CARAMEL NI ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nat br 1st time cuba..tu pn xcantik tp sib baik sdp ditekak :) buat la sesuai sgt bulan2 puasa ni :)

      Delete