Followers

Saturday, February 18, 2012

. : Eclair Gundah Gulana : .

Sekali gagal bukan beerti gagal selamanya..begitu la percubaan mama kali ni..salah perkiraan barangkali..dari 1 ke 1 kesilapan tenikal mama lakukan ditambah dgn miscomunication menjadikan keadaan bertambah teruk..akan tetapi mama tetap nk berkongsi resepi ini dalam diari maya mama..sbg bahan bukti mama dah mencubanya :) (kesalahan dtg dari mama bukan kerana resepi) 

 RESEPI ECLAIR
Resepi Asal : Arin Oshin

Pastri :-

250gm air
100gm mentega
200gm tepung gandum
6 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

- didihkan air..masukkan mentega & esen vanila
- perlahankan api & masukkan tepung yg di ayak sedikit demi sedikit.
- kacau dgn senduk kayu hingga pekat menjadi doh
- tunggu sampai doh agak sejuk,baru masukkan telur sebijik demi sebijik dgn putar menggunakan mixer smpai berkrim.
- masukkan ke dalam nozzle & picit mengikut citarasa individu
 - alas dulang dgn aluminium foil & di sapu dgn mentega sedikit supaya  tidak melekat..
- suhu ialah 180C - 25minit @ agk kekuningan..




Cream Custard :-

250gm susu segar
45gm gula caster
2 biji kuning telur
30gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila

- didihkan susu,gula & esen vanila
- campurkan kuning telur dgn tepung jagung (letak sdikit air / 1 sudu kecil) . Kacau hingga sebati.
- masukkan ke dalam susu yg mendidih tadi...


 


Mama telah mencuba resepi cream custard dr dapur CMG Dapur Tanpa Sempadan :)

Krim Kastard :-

200 ml susu sejat "ideal" (mama guna susu segar)
2 kuning telur
30 gram gula halus
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

Cara - cara :-

Satukan semua bahan2 untuk kastard kecuali esen vanilla, kacau dengan whisk hingga sebati. Jerang atas api kecil sambil dikacau perlahan tanpa henti sehingga pekat, matikan api, masukkan esen vanilla dan kacau rata. Tutup periuk dan ketepikan.



No comments:

Post a Comment