Followers

Friday, February 3, 2012

. : Strawberry Cheese Cake With Full Of Berries : .


 Akhirnya tercapai jugak hajat mama nak buat cheese cake..masa di msia xdpt nk buat sbb loyangnya xda..kat sydney loyang dh ada nk buat tp xtau mana nk beli whipping cream mmg xpenah jmpa..tp bila dpt resepi yg tak menggunakan whipping cream mmg wajib la buat..

Mmg sedap kek ni..tp bila mama dh kelam kabut lupa nk gandakan sukatan telur...sebab mama buat 1 1/2 aduan utk loyang 10"..akibatnye agak keras sedikit n tekstur agak kasar..akan tetapi rasa tetap sedap..Adam Yusuf makan sampai abis..huhu

To my dearie Arin Oshin tq so much sbb bagi tunjuk ajar dari A-Z..moga Allah memurahkan rezeki arain sekeluarga..amin




RESEPI STRAWBERRY CHEESE CAKE
(Loyang 7")
Resepi Asal : Arin Oshin

Bahan bahan : 
250 gm krim cheese (jenama Philadelphia)
1 cawan gula halus
3 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
1 cup plain yogurt
 ( mama guna yogurt perisa strawberry)
1 cawan Biskut tiger/biskut merry yang dihancurkan
(mama guna biskut oreo tapi buang krim tengah)
3 sudu besar mentega
jem blueberry (mama xguna sbb letak fresh berries)
Cara - cara :
1. Pukul krim cheese dengan gula dan plain yogurt sampai gebu
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi, masukkan esen vanila
3. Masukkan tepung tadi dan pukul lagi.
Cara Buat Kerak/Crust: 
1. Cairkan mentega dan bila sejuk sikit, gaul dengan biskut tiger/ biskut merry hingga boleh kepal.
2. Padatkan dalam acuan dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 5-10 minit.
3. Keluarkan dan tuang aduan cheese tadi.






Teknik membakar kek :
Bakar dengan cara waterbath iaitu tuang air panas dalam satu bekas, letak acuan yang ada cheese tadi dalam bekas berisi air dan bakar selama 50- 60 minit.(blh rujuk pada video diatas kalo xphm)

Tip: nak elak bahagian kek merekah, tutup atas kek tu dengan aluminum foil.

Bila dah siap, simpan dalam peti sejuk, cheese kek ni sedap dimakan sejuk2. Hiaskan dengan toping blueberry jem tadi (mama guna fresh berries).

No comments:

Post a Comment