Followers

Tuesday, February 14, 2012

. : Heart Shape Pavlova : .

Salam semua...lama betul xbersiaran..byk yg nk diupdate..tp masa sgt2 la cemburu dgn mama..tp hari mama gagahkan jgk m'post en3..

Masih dalam mood jiwang2..hehe sempena hari lahir insan tersayang aka en.hubbie..bab tu nnt mama update..tgh edit gmbr yg xseberapa..huhu so resepi kali ialah "Heart Shape Pavlova"..mestilah love2 utk en.hubbie kn..punya la lama mama peram resepi..mama sebenarnya xtahu pn apa itu pavlova?? yg memperkenalkan mama pada nama PAVLOVA ialah shbt karib mama Azila Asfar..dari situ mama mula search di internet resepi2 pavlova..mama dpt info dr byk sumber..sahabat2 blogger masakan,youtube n google :) dan akhirnya mama mencuba resepi dr blog masakan terkenal RIMA FROM SINGAPORE
selain itu mama pun ada merujuk beberapa lagi blog masakan iaitu Kak Azlita Masam Manis dan MamaFami Spice & Splendour... xlupa juga blog terkenal CMG Dapur Tanpa Sempadan :) teruja kan...harap sedikit sebanyak info ini dpt memberi panduan pada sahabat2 mama yg ingin mencuba :) okey jom kita intai resepi...

Resepi Heart Shape Pavlova
Rsepi Asal : RIMA FROM SINGAPORE

bahan-bahan
150ml putih telur (lebih kurang 4 biji telur)
1 cawan (220g) gula kastor
2 sudu besar tepung jagung, diayak
2 sudu kecil cuka putih (food vinegar)
1/2 sudu teh ekstrak vanila
Whipped cream (mama guna yg readymade)
Fresh strawberry,kiwi,blueberry & orange (dipotong kecil mengikut kesesuaian) 
  1. Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan kertas minyak, buat bulatan berdiameter 6 cm sebanyak 18 bulatan menggunakan pensel, kemudian terbalikkan kertas tadi dan guna bahagian ini untuk membentuk pavlova (ini pavlova jenis comel2).Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata adunan tadi, tapi jangan terlebih gaul(mama gaul guna spatula). Masukkan adunan ke dalam piping beg yang dipasang nozel bentuk bintang atau jenis bulat pun boleh...(sila rujuk ke blog CMG disini). Paipkan bulatan mengikut saiz pada lukisan dikertas minyak tadi, kemudian paipkan sekelilingnya seperti dalam gambar. Lakukan sekali lagi seperti. Buat sama untuk baki adunan.
  3. Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven. Ambil pavlova tadi, paipkan whipped cream ditengahnya dan susun buah2an segar mengikut kreativiti anda. Hidangkan segera..
 Pada yg masih keliru blh tonton youtube dibwah pavlova demonstration from joyofbaking :)


2 comments:

  1. cantik, tapi nak buat tu yg bercinta

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg becinta nk buat..tu dh peram dkt 1/2 thn br buat..nk buat xssh tp nk bkr tu yg leceh ckit..

      Delete