Followers

Tuesday, February 21, 2012

. : Blended Butter Cake : .



Aduhaiii tekak mama dah mula mengidam nk mkn kek pulak..tp mood tak berapa nk ada..so apa yg perlu mama buat ialah survey resepi kek yg paling simple,mudah & sedap :) akhirnya teringat kek dari blog CMG Dapur Tanpa Sempadan iaitu Blanded Butter Cake..mudah je hanya mengguna mesin pengisar..mmg sesuai utk hari2 mls mama ni..

Bagi mama kek ni agak manis..tp kalo kurangkan gula mmg sedap sgt2..mama x berhenti mkn kek ni..adoiii sgt bahaya tu..huhu apepun jom kita tgk resepi..mohon izin kongsi yer CMG Dapur Tanpa Sempadan

 

RESEPI BLANDED  MARBLE BUTTER CAKE
Resepi Asal : Blog Mas

BAHAN-BAHANNYA :-

125 gram mentega, cair dan sejukkan
160 ml susu segar, disejukkan
2 biji telur gread A
3/4 cawan gula halus
1 1/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour) diayak
1 camca teh paste pandan(hijau)
3/4 camca teh coklat emulco (mama xletak)
pewarna kuning telur & pink
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam



CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan oven pada suhu 160C, sediakan acuan kegemaran, jika acuan bulat atau 4 segi, lenser dengan sedikit mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
  2. Dalam alat pengisar atau blender, satukan telur, gula, susu segar sejuk, mentega cari dan kisar hingga semua larut dan gula hancur. Tuang dalam satu bekas. Masukkan tepung naik sendiri yang telah diayak tadi, kacau hingga rata dan tidak berbintil2.
  3. Bagi pada 3 bahagian sama banyak, satu letak pandan paste(hijau), dan 2 lagi letak pewarna kuning telur & pink dan esen vanilla, kacau rata. Sendukkan dalam acuan secara berselang seli antara hijau,kuning telur & pink .
  4. Buat hingga siap dan bakar selama 50 - 60 minit, atau hingga masak. Bila masak, sejukkan sebentar dan terbalikkan atas redai, biar kek sejuk. Boleh ayak sedikit gula aising sebelum dihidangkan....

4 comments:

  1. kalau air tangan Natt, butter cake pun KC tergoda. hihihi.

    ReplyDelete
  2. nice kaler..natt, kalo kaler² gini selalu natt guna kaler ape ek? yg cecair tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pucat ckit ni ibu darwisy...tp ok la xgune byk pewarna :) nat guna water base food colouring je..

      Delete